Page 22 - LAPORAN KAJIAN SOSIAL
P. 22

BAB 5.0



                                                          Penutup


               Sepanjang  kajian  terhadap  hubungan  etnik  di  Malaysia  ini  dijalankan,  pelbagai  info  dan

               pengalaman yang menarik dan bermanfaat telah diperoleh sebagai satu pedoman atau pengajaran

               yang  patut  diambil.  Mereka  yang  terlibat  dalam  kajian  ini  telah  membuktikan  sifat  sebagai
               manusia yang sempurna masih kekal dalam diri setipa individu. Hal ini demikian kerana, mereka

               masih menunjukkan hati budi pekerti yang baik bila berada dalam sesebuah kejadian yang tidak

               dijangkakan  itu.  Masyarakat    prihatin  yang  sering  mengamalkan  sikap  keluhuran  seperti  ini
               sangatlah dicari-cari dalam mengekalkan hubungan yang baik antara kaum. Selain itu, kerjasama

               dan sifat muafakat yang disingkap melalui aktiviti tersebut membuktikan masyarakat di Malaysia
               masih  mengekalkan  sifat  perpaduan  dalam  diri  masing-masing,  malahan  sanggup  menjadi

               sukarelawan  dan  melibatkan  diri  dalam  sesuatu  aktiviti  yang  dijalankan.  Kejujuran  dan
               kesepakatan dalam perpaduan masyarakat Malaysia ini perlu dibanggakan kerana kebersamaan

               yang lahir dalam diri setiap rakyat Malaysia ini merupakan satu kesefahaman yang bukan mudah

               untuk  dicapai.  Rakyat  Malaysia  mampu  hidup  di  dalam  satu  negara  yang  mempunyai
               kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi dengan nilai-nilai perpaduan

               yang  tinggi.  Oleh  yang  demikian,  nilai-nilai  murni  yang  wujud  antara  pelbagai  etnik  ini
               seharusnya terus diterapkan terutamanya kepada generasi muda untuk memastikan keharmonian

               negara  terus  dicapai.  Akhir  kata,  penulis  menyarankan  supaya  setiap  kaum  di  Malaysia  perlu
               sentiasa sedar akan pentingnya hubungan sosial ini. Perpaduan negara perlu sentiasa dijaga dan

               diutamakan  dan  kehidupan  malah  dipupuk  lagi  nilai-nilai  kesefaham  antara  satu  sama  lain.

               Setiap  etnik  seharusnya  mengenali  dan  mendalami  kebudayaan  antara  satu  sama  lain  bagi
               mewujudkan kesefahaman yang lebih kuat di samping menggilap perpaduan negara.












                                                             22
   17   18   19   20   21   22   23   24