Page 4 - LAPORAN KAJIAN SOSIAL
P. 4
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertempat di Pantai Teluk Kemang. Kajian ini terbahagi kepada dua aktiviti
iaitu kajian selidik sosial terhadap tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia Melayu, Cina dan
India. Manakala aktiviti kajian kedua pula ialah aktiviti permainan yang menggabungkan
berlainan agama dan bangsa dalam satu kumpulan. Dua aktiviti kajian ini bersifat sosial. Tujuan
utama kajian ini adalah untuk mengkaji dan menyelidik nilai-nilai kesepakatan, kesefahaman,
dan sikap kerjasama antara kaum di Malaysia. Kajian ini dijalankan antara kerjasama kumpulan
yang terdiri daripada enam orang pelajar dan beberapa orang awam yang turut melaksanakan
tugasan kajian dua aktiviti ini. Kaedah kajian yang digunakan ialah terbahagi kepada dua iaitu
kajian lapangan dan kajian literatur. Kajian lapangan merangkumi satu teknik kajian yang dikaji
melalui kaedah praktikal memerlukan tenaga kerja seperti temubual manakala kajian literature
merupakan kajian yang memerlukan buku, artikel atau apa-apa bahan bacaan ilmiah yang sedia
ada. Seterusnya, bagi merekodkan dan menyelesaikan aktivit kajia ini, terdapat beberapa
peralatan dan persediaan yang rapi telah dilakukan. Sebagai contoh, dalam aktiviti pengambaran
video alatan kamera dan yang berkenaan digunakan. Manakala dari segi aktiviti permainan pula,
terdapat beberapa barang yang diperlukan dalam permainan tersebut telah tersedia sebelum
aktiviti dijalankan di tapak kajian. Secara ringkasan bagi keseluruhan aktiviti teknik
pengambaran dan temubual telah memudahkan metodologi merekodkan maklumat dan data
daripada dua aktiviti kajian yang melibatkan beberapa kaum. Dapatan kajian ini juga
menunjukkan interaksi perhubungan antara kaum di Malaysia. Sebagai kesimpulan utama
dapatan kajian ialah aktiviti kajian sosial dan permainan ini memberi impak yang positif kepada
pendonkumentasian tugasan kos Perhubungan Etnik (SHE 101). Disamping itu, impak kepada
persekitaran dan masyarakat dalam melihat sikap perpaduan dan perhubungan antara pelbagai
kaum, agama dan bangsa yang tedapat di Malaysia.
4