Page 7 - LAPORAN KAJIAN SOSIAL
P. 7
BAB 1.0
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Perhubungan etnik ini selalunya didefinisikan sebagai satu kelompok manusia yang
mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama, sama ada dari aspek adat resam,
bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi. Konsep etnik selalunya dikaitkan dengan konsep ras,
bangsa dan kaum walaupun pada hakikatnya ketiga-tiga tersebut mempunyai maksud yang
berbeza. Ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal atau sifat-sifat yang berkaitan
dengan biology seperti keturunan dan pertalian darah. Dalam konteks masyarakat Malaysia,
terdapat pelbagai kelompok dan etnik yang berlainan tetapi bernaung di bawah sistem politik
yang sama. Setiap etnik berbeza berdasarkan ciri budaya, kegiatan ekonomi, cara berpakaian,
pola keluarga, orientasi politik dan juga pandangan yang berbeza.
1.2 Matlamat Kajian
Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenali dengan lebih terperinci terhadap
kepelbagaian kaum di Malaysia terutamanya kaum asas iaitu Melayu, India dan Cina. Kajian ini
bermatlamatkan satu hasil yang berkait rapat dengan hubungan antara kaum yang pelbagai di
Malaysia di samping mengkaji, merekod dan menganalisis maklumat berhubungkait dengan
hubungan sosial antara pelbagai etnik melalui satu kajian sosial dan aktiviti permainan yang
diadakan. Penghasilan laporan, jurnal dan video disertakan sebagai dokumentari terhadap kajian
ini dengan menggunakan beberapa perisian yang bersesuaian dengan syarat-syarat penghasilan
skop projek ini. Kajian ini dijalankan bertepatan dengan kehendak subjek SHE101 Hubungan
Etnik yang mewajibkan setiap pelajar melakukan satu aktiviti yang berkait rapat dengan
hubungan sosial antara pelbagai kaum di Malaysia.
7