Page 3 - NELCON2018-PROGRAM
P. 3
SEULAS PINANG
Pengarah Politeknik Port Dickson.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Dipanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan limpah dah kurnia dariNya, dapat kita
menganjurkan program National e-Learning Conference (NeLCon2018) yang bertemakan ‘Exploring
Possibilities’ ini.
Syabas dan tahniah diatas usaha yang mantap ini. Politeknik merupakan tapak semaian dalam
menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. Selari dengan objektif program ini, akan
mampu menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi selain menggalakkan
penyebaran ilmu dan pertukaran maklumat. Di sini telah tersedia platform bagi perkongsian
pengetahuan dan pengalaman. Pada masa yang sama dapat mengetengahkan idea dan hasil
penyelidikan tenaga akademik untuk kegunaan industri dan masyarakat. Ilmu yang dikongsi akan
mampu menganjak kecemerlangan ke tahap yang lebih berprestij. Ibarat kepesatan pembangunan
dalam pendidikan yang tiada batasan, kita terus memainkan peranan penting dalam menyalurkan
maklumat dan ilmu agar kita semua mampu untuk akan terus bergerak ke hadapan dalam memacu
visi dan misi KPT untuk memastikan kecemerlang dalam pelbagai bidang dan dapat bersaing di
persada antarabangsa.
Dengan terlaksananya program ini, kita akan mampu menggalakkan aktiviti penyelidikan,
pembangunan dan inovasi dalam bidang e-pembelajaran di samping menggalakkan penyebaran ilmu
dan pertukaran maklumat dalam bidang ini. Pelbagai idea dapat diketengahkan dan hasil
penyelidikan berkaitan e-pembelajaran ini berfungsi dalam industri dan masyarakat.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Terus memberi
sokongan padu dalam meneruskan agenda penyelidikan di Malaysia.
Sekian, terima kasih
En. Roslee b. Yahya
Pengarah
Politeknik Port Dickson
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
3