Page 4 - NELCON2018-PROGRAM
P. 4
SELEMBAR KATA
Pengarah
Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabdikan kata alu-aluan di
dalam buku program National e-Learning Conference (NeLCon2018) yang bertemakan ‘Exploring
Possibilities’ ini.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan sekalung tahniah diatas usaha dan kerjasama padu
dari semua sekretariat yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang amat bermanfaat ini.
Ibarat kepesatan pembangunan dalam pendidikan yang tiada batasan, kita terus memainkan peranan
penting dalam menyalurkan maklumat dan ilmu agar kita semua mampu untuk terus bergerak ke
hadapan dalam memacu visi dan misi KPT untuk memastikan kecemerlang dalam pelbagai bidang dan
dapat bersaing di persada antarabangsa.
Adalah wajar bagi Politeknik Port Dickson menganjurkan NeLCon2018 ini bagi meningkatkan motivasi
semua pihak untuk menghasilkan produk e-pembelajaran yang lebih berkualiti dan bertaraf
antarabangsa. Selain itu, NeLCon2018 ini dapat memotivasikan para pensyarah bagi melaksanakan
kajian dalam bidang e-pembelajaran di samping berkongsi dapatan kajian dengan peserta dari
institusi lain.
Sekali lagi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada semua
ahli jawatankuasa yang telah berusaha keras bagi memastikan program ini dapat dijayakan dengan
sempurna. Di harap, program seperti ini akan terus di laksanakan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih
Dr. Zainal Azhar Bin Zainal Abidin
Pengarah
Bahagian Instruksional Dan Pembelajaran Digital
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
4