Page 12 - jogja2018report1
P. 12
iii. Pengumpulan Data dan Maklumat
Pengumpulan data dan maklumat adalah sangat penting bagi sesebuah kajian.
Oleh itu, sesi temu bual dilakukan bersama penjaga masjid tersebut. Hasil dari temu
bual mendapati bahawa Masjid Ghede Kauman ini adalah milik kraton. Beliau juga
menceritakan serba sedikit tentang sejarah masjid dan fungsi setiap ruang di sekeliling
dan bahagian masjid. Selain itu, pengumpulan data juga dilakukan melalui laman
sesawang dan melakukan pembacaan buku yang telah didapati sepanjang melakukan
kajian ini.
iv Penghasilan Lukisan Terukur
Selepas mendapatkan segala maklumat dan data yang diperlukan, kerja-kerja
teknikal mula dilakukan. Hasil dapatan daripada pengukuran dan visual imej
digunakan untuk melukis kembali pelan lantai, keratan dan pandangan. Butiran binaan
juga diselitkan bagi memperlihatkan cara-cara orang dahulu menghasilkan sambungan
untuk membina sesebuah bangunan. Keindahan seni ukiran yang mempunyai
campuran dari unsur-unsur agama Buddha, Hindu dan Islam turut diambil kira bagi
melengkapkan lukisan kerja dan melukis kembali menggunakan perisian Revit. Media
grafik seperti 3D, animasi dan lain lain turut digunakan untuk menampakkan hasil
yang lebih menarik.
v Dokumentasi
Penyelidikan laporan khas untuk kajian yang telah dilakukan dengan tujuan
supaya segala maklumat dan data yang diperolehi dapat disatukan sebagai bahan
rujukan pada masa akan datang. Kaedah ini penting kerana data yang telah dicatat
dapat membantu untuk pemeliharaan bangunan warisan sejajar dengan matlamat dan
objektif sebenar kajian terukur dijalankan.
1.5 BIM
Building Information Modelling (BIM) adalah satu proses yang melibatkan
penjanaan dan pengurusan digital, ciri-ciri dari fizikal dan fungsi tempat. Building
Information Modelling (BIM) adalah yang boleh diekstrak, ditukar ataudirangkai
untuk menyokong membuat kerja mengenai bangunan.
9 .