Page 8 - jogja2018report1
        P. 8
     BAB 1.0
                                                       Pengenalan
                   1.1    Pendahuluan
                       Seni  bina  dibayangkan  (direka)  dan  dilahirkan  sebagai  balasan  terhadap
                   sekumpulan  keadaan  yang  sedia  ada.  Keadaan  ini  bersifat  fungsi  semata-mata  atau
                   pun mungkin membayangkan maksud sosial, ekonomi, politik bahkan khayalan atau
                   lambang  dalam  keadaan  yang  berbeza.  Walau  bagaimanapun,  perlulah  diandaikan
                   bahawa kumpulan keadaan yang sedia ada, iaitu masalahnya tidak begitu memuaskan
                   dan suatu keadaan baru, iaitu penyelesaian diperlukan. Oleh itu, seni bina merupakan
                   proses menyelesaikan masalah ataupun merekabentuk.
                   1.2    Matlamat Kajian
                   Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji dan merekod segala data
                   tentang  seni  bina  Masjid  Gedhe  Kauman  dalam  bentuk  Building  Modelling
                   Information (BIM) dengan menggunakan perisian Revit dan mendokumentasi dengan
                   tepat. Kajian ini merangkumi keseluruhan bangunan dari segi latar belakang tempat
                   kajian, sejarah masjid, struktur binaan masjid, bahan binaan, unsur-unsur sejarah dan
                   sebagainya.Selain  itu,  kajian  ini  dijalankan  juga  adalah  untuk  mengupas  semula
                   sejarah Masjid Gedhe Kauman yang dibina di tanah Kraton Yogyakarta yang sudah
                   berumur 245 tahun.
                   1.3    Objektif Kajian
                   Objektif kajian ini adalah untuk :
                       i.  Menyediakan satu kajian dan penghayatan terhadap bangunan-bangunan
                       ii.  yang mempunyai nilai seni reka dan seni bina yang tinggi untuk bahan dan
                            sumber rujukan.
                                                            5                                         .





