Page 29 - jogja2018report1
P. 29
3.2 Ruang dalaman
3.2.1 Susun atur ruang
Bangunan Masjid Gedhe sendiri mempunyai luas 2.578 meter persegi terdiri dari
ruang solat utama, dan serambi masjid, di sekitarnya mempunyai ruang Yatihun
(ruang transit ulama), ruang Pawestren (ruang solat wanita), Pawudhon (tempat
wudhu), Pabongan Gedung Kuning (Perpustakaan), Ar-Raudah (Ruang Perawatan
Jenazah), bilik-bilik mandi, halaman dalam, blumbang atau kolam kecil, dan lain
sebagainya yang berdiri diatas tanah seluas 4000 meter persegi. Masjid Gedhe
mempunyai dua bahagian ruang utama, iaitu ruang solat utama dan serambi masjid.
Ruang solat utama dibangunkan pada tahun 1773 manakala ruang serambi pula
dibangunkan pada tahun 1775.
Gambar rajah 3.2.1 Pelan Lantai
3.2.2 Serambi
Ruang serambi merupakan satu ruang penting pada Masjid Gedhe ini. Pelbagai
aktiviti penting dijalankan di ruangan ini. Aktiviti atau ruangan rutin di serambi
masjid ini ialah solat lima waktu.
26 .