Page 34 - jogja2018report1
P. 34

3.3  Struktur binaan


                   Struktur boleh ditafsirkan sebagai  anggota-anggota  yang dipasang antara satu  sama

                   lain  dengan  penyambungan  yang  sesuai  dan  selamat  bagi  menghasilkan  suatu
                   kerangka  yang  berupaya  menanggung  beban  yang  dijangkakan.  Masjid  Gedhe

                   Kauman adalah salah satu yang pernah terkenal akan pemerintahan pada masa dahulu.
                   Tiang kayu keras merupakan bahan binaan yang digunakan pada masjid ini. Tiangnya

                   yang tinggi dan megah berdiri masih kukuh hingga ke hari ini.


                   3.3.1   Asas Bangunan



                       Asas yang didirikan di Masjid Gedhe Kauman ini daripada bahan asli iaitu simen,
                   konkrit dan batu putih. Tapak asas bangunan pada aras bawah ketinggiannya sekitar

                   63 meter darab 65 meter


                   3.3.2  Tiang


                   Tiang merupakan bahagian yang paling penting pada sesuatu bangunan. Tiang pada

                   masjid gedhe kauman ini mempunyai nilai yang sangat tinggi dari segi structur dan
                   penuh dengan filosofinya. Pada ruangan utama solat terdapat tiga puluh enam tiang.

                   Filosofi utama tentang tiang  terdapat  bukan kerana jumlah tiangnya  yang 36 tetapi
                   dengan kiraaan 6 darab 6. Setiap sisi bangunan berdirinya megah  enam tiang  yang

                   melambangkan  rukun  iman.  Empat  tiang  utama  yang  berdiri  megah  dengan
                   ketinggian  17  meter  pada  ruangan  utama  solat  ini  dinamakan  soko  guru.  Bahan

                   binaan yang digunakan pada tiang ruangan solat utama ini ialah kayu keras.  Struktur

                   pemasangannya  tidak  menggunakan.sebarang  paku  kerana  pada  tahun  pembinaan
                   masjid  ini  dahulu  mereka  belum  lagi  mengenali  besi.  Keseluruhan  pembinaan

                   menggunakan teknik pasak. Walaupun bangunan ini sudah mencecah 245 tahun tetapi

                   ianya masih teguh berdiri. Strukturnya jelas memberi impak kepada keteguhan masjid
                   ini.    Seterusnya  tiang  pada  bahagian  serambi  masjid.  Jumlah  tiang  pada  bahagian

                   atas serambi ialah sebanyak 24 tiang manakala pada bahagian bawah berjumlah 32
                   tiang.  Tiang  utama  pada  bahagian  atas  serambi  saiznya  agak  berbeza  dengan

                   tiang-tiang  lain.  Pada  ruang  serambi  terdapat  dua  jenis  tiang  iaitu  berbentuk  segi
                   empat dan juga silinder.


                                                            31                                        .
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39