Page 23 - Membudayakan Kecemerlangan
P. 23
PELAN STRATEGIK – Satu Huraian
Pelan strategik dirancang supaya tercipta kelebihan daya saing sesebuah
organisasi berbanding dengan pesaingnya. Kelebihan daya saing dapat dimiliki
jika tindakan atau pembedaan dilaksana. Strategi ialah proses berfikir yang
dilaksana oleh seseorang atau sekumpulan orang yang mencuba memahami dan
mencari jawapan bagi beberapa pertanyaan tentang what you do, what you dont
do, what you want to become dan paling penting focusing on how you plan to get
there. Pelan strategik menggariskan sempadan di sekeliling skop hasrat konsep
pengur usan strategik sesbuah organisasi. Intisari strategi terletak pada aktiviti
yang dilakukan iaitu memilih untuk melaksana aktiviti dengan cara yang berbeda
daripada pesaing. Intisari strategi juga melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berbeda
daripada aktiviti-aktiviti yang diakukan oleh pesaing.
Strategi yang baik ialah yang dilaksanakan secara terampil, dengan sasaran dan
hala tuju yang jelas. Perlu dilaksanakan oleh setiap pentadbir dan staf di setiap
peringkat, supaya mereka dapat mengenalpasti dan menentukan kerja yang
sewajarnya dilaksana untuk menjadikan organisasi yang unggul dan berjaya.
Pelan strategi ialah satu usaha pencarian atau pertimbangan yang dibuat secara
berhati hati untuk menetapkan tindakan yang perlu dilaksnakan dalam usaha
mempertingkatkan kelebihan daya saing dan mengukuhkan sesebuah organisasi
secara berterusan.
Ringkasnya matlamat utama pelan strategik ialah mencipta nilai tertentu dalam
usaha menjadikan sesebuah organisasi berkualiti sebagai contoh perkhidmatan
berkualiti dan perkhidmatan yang cekap. Ciri ciri perkhidmatan yang cekap dan
berkualiti untuk sesebuah organisasi ialah perkhidmatan yang menepati citarasa
pelanggan, organisasi berprestasi tinggi dan pencapaian berkualiti tinggi.
Membudayakan Kecemerlangan 22