Page 24 - Membudayakan Kecemerlangan
P. 24
ASPIRASI POLITEKNIK PORT DICKSON
Aspirasi memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pelan strategik
sesebuah organisasi. Aspirasi merintis jalan yang perlu dibentuk dalam
mengubah sesebuah organisasi untuk menjadi satu organisasi yang lebih
gemilang dalam satu tempoh yang tertentu. Sebaga i sebuah organisasi yang
memberikan perkhidmatan pendidikan kepada masyarakat maka persekitaran
yang baik merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah
organisasi. Aspirasi Politeknik Port Dickson dalam pembangunan Pelan
Strategik 2017-2020 selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
Aspirasi kerajaan dalam pelan pendidikan ialah bagaimana kita dapat bersaing
di peringkat global dengan teknologi terkini serta dapat memacu Malays ia
menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Melalui
pelan ini juga Politeknik Port Dickson merancang menigkatkan akses pelajar
kepada politeknik serta memantapkan lagi aktiviti penyelidikan berimpak tinggi di
Politeknik Port Dickson. Dengan pelan pembangunan ini Politeknik Port
Dickson menyusun strategi dan berharap untuk menjadi salah sebuah
POLIPREMIER di negara ini menjelang tahun 2020. Pembentukan nilai staf
yang lebih fokus dalam bidang tugas yang diberi, bekerja sebagai sebuah
pasukan serta membuat hubungan lebih erat dengan masyarakat dijangka akan
dapat memudahkan aspirasi POLIPD dicapai menjelang tahun 2020.
Membudayakan Kecemerlangan 23