Page 66 - Intan 12 (2018)
P. 66
Kau Rasa?
Pada suatu malam yang dingin nan sepi,
Seorang lelaki bernama Kasman berjalan-jalan di taman berdekatan dengan taman pe-
rumahannya.Tiba-tiba beliau merasakan bahawa dirinya ingin “terkucil”. Matanya melilau ke
kanan dan ke kiri bagi mencari tandas berdekatan.Matanya menengkap sebuah tandas awam yang kelihatan usang dan
menyeramkan .Tanpa
berfikir panjang,dia segera menuju ke tandas tersebut bagi melepaskan hajat.
Semasa di dalam tandas, Kasman terpandang sebuah contengan yang ditulis menggunakan pena berwarna
gelap.Warnanya kelihatan seperti darah yang telah menghitam.Contengan tersebut menyatakan „Melati‟, mencari cinta
abadi 017-xxxxxxx” , seolah-olah dipukau, Kasman mengeluarkan telefonnya lantas menyimpan nombor tersebut di da-
lam telefon bimbit miliknya.
Setelah menunaikan hajatnya,Kasman bergerak pulang.Semasa dalam perjalanan beliau teringat akan contengan di
tandas tadi.Tanpa sekelumit rasa curiga,Kasman lantas mendail nombor tersebut. Setelah mendail,Kasman menunggu
jawapan.
Tiba-tiba!!!
Kringgggggg!!!Kringggggg!!! Kedengaran bunyi deringan telefon yang datangnya dari pohon ara berdekatan. Kasman
ternampak sesosok wanita berkebaya merah sedang duduk di bawah pohon ara tersebut. Kasman yang ketakutan perla-
han-lahan bertanya, “S…siapa..k.ka…kau?” soalnya ketakutan.Wanita tersebut menoleh ke arahnya dan menyeringai
mengeluarkan taringnya sambil tersenyum.Sosok itu berkata “KAU RASA?”lalu mengilai panjang
************
KLUANG,JOHOR,23.6.2018-Seorang pemuda yang berusia lingkungan 25 tahun dijumpai mati di bawah sebatang
pohon ara.Barang- barang peribadi milik mangsa iaitu beg duit,kunci rumah dan sebuah telefon bimbit dijumpai ber-
hampiran mayat mangsa.Namun, kad sim dan kad memorinya masih hilang.Pihak polis masih melakukan siasa-
tan.Namun,laporan awal forensik menyatakan mayat pemuda tersebut dijumpai dalam keadaan di mana lehernya seperti
ditebuk oleh sesuatu.Kematiannya dipercayai disebabkan oleh serangan binatang buas.
66
Abdul Raziq 3 iLead