Page 2 - BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKS18 2019
P. 2
KATA KATA ALUAN GURU BESAR
SEKSYEN 18, SHAH ALAM
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam Sejahtera
Alhamdulillah dengan izin-Nya, maka terlaksanalah Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah 2019. Sesungguhnya majlis yang diadakan ini adalah bagi meraikan kejayaan
anak-anak SK Seksyen 18 Shah Alam, yang telah bertungkus-lumus selama setahun
berjuang untuk mencapai tahap prestasi terbaik dalam semua bidang.
Ucapan tahniah diucapkan kepada barisan pentadbir, semua guru SK Seksyen
18 Shah Alam dan Anggota Kumpulan Pelaksana(AKP) yang telah bersungguh-
sungguh berusaha menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2019.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada PIBG dan komuniti kerana dapat
memberi sokongan dan sumbangan kepada pihak sekolah. Bagi pihak saya, majlis ini
sangat bermakna kerana pihak sekolah dapat menyampaikan sijil dan anugerah
kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik. Penganugerahan
disampaikan kepada murid yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan
penglibatan aktif di luar bilik darjah. Syabas diucapkan kepada murid-murid yang
telah berjaya.
Dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru, AKP,
ibu bapa dan komuniti yang komited tinggi dalam menempatkan sekolah ini antara
sekolah yang terbaik di daerah Petaling Perdana.
Akhir kata, harapan saya semoga sekolah ini terus CEMERLANG, GEMILANG
DAN TERBILANG .