Page 3 - BUKU PROGRAM HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKS18 2019
P. 3

KATA KATA ALUAN YDP PIBG







            Bismillahirrohmanirrohim
            Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam Sejahtera

            Syukur  ke  hadrat  Illahi  kerana  dengan  izin-Nyari  Anugerah  Kecemerlangan  Sekolah

            2019 dapat direalisasikan. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

                   Dunia  pendidikan  pada  alaf  ini  semakin  kompleks  dan  bersifat  global.  Ilmu

            menjadi  prasyarat  kepada  permulaan  bagi  murid-murid  untuk  bersedia  menjadi

            generasi  pemimpin  pada  masa  hadapan.    Menyedari  hakikat  pentingnya  ilmu
            pen  getahuan  sebagai  penyuluh  yang  menerangi  kegelapan,  maka  kerajaan  telah
            menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Negara

            (NKRA)  bertujuan  untuk  memastikan  anak-anak  kita  selayaknya  mendapat  ilmu


            pendidikan yang berkualiti dan secukupnya.

                   Tahniah kepada murid-murid  di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam

            mengharungi dunia pembelajaran. Ternyata,  segala usaha dan pengorbanan akhirnya
            membuahkan  hasil.  Saya  percaya  majlis  yang  gilang-gemilang  ini  merupakan  titik

            permulaan bagi anak-anak  untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam pembelajaran.

                   Syabas dan tahniah juga kepada para pentadbir, guru dan ibu bapa  di atas usaha,

            pengorbanan, sokongan serta dorongan yang diberikan kepada anak-anak ini sehingga

            berjaya  melakar  sejarah  peribadi  dalam  hidup  mereka.  Ingatlah  anak-anak,  kejayaan
            kalian hari ini berkat usaha ibu dan bapa serta guru-guru yang sentiasa membantu dan

            mendoakan kejayaan anda semua.


                   Semoga berkat usaha, komitmen dan  pengorbanan yang berterusan dari semua pihak akan
            dapat merealisasikan matlamat untuk menjadikan sekolah sebagai tapak semaian yang menghasilkan
            modal insan cemerlang dan berketerampilan dari segenap aspek sama ada jasmani, emosi rohani dan
            intelektual. Marilah kita sama-sama berganding bahu bekerjasama seiring sejalan untuk menjadikan
            SK Seksyen 18 Shah Alam sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
   1   2   3   4   5   6   7   8