Page 20 - Buku panduan
P. 20
PORTFOLIO PENGAWAS SEKOLAH
Tugas-Tugas Ketua Pengawas
Memastikan Falsafah Badan Pengawas diketahui, difahami dan dihayati oleh Lembaga
Pengawas
Memastikan objektif-objektif Badan Pengawas dijadikan garis panduan oleh semua
pengawas
Mempengerusikan semua mesyauarat Badan Pengawas
Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah
Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, sekolah, patriotik dan membaca Rukun Negara
pada perhimpunan mingguan
Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas
Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada hal yang lain di
atas arahan Guru Pengawas atau Guru Besar
Mewakili Ketua Pengawas
Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya
Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha
Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan pengagihan
tugas
Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
Bertanggungjawab atas surat-menyurat
Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas
Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari
Mengutip wang bagi projek kewangan
Membuka akaun
Menyediakan laporan kewangan
Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)
19