Page 21 - Buku panduan
P. 21
Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council)
AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong
Setiausaha, Bendahari dan Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-
Menjaga disiplin semua pelajar.
Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau
mengikut keadaan semasa.
Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang munasabah kepada
pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus dibawa ke
mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi
peluang untuk mempertahan diri.
Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.
Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru Pengawas
Jenis Kesalahan dan Tindakan Oleh AJK Eksekutif
Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diambil tindakan oleh AJK Eksekutif adalah
seperti berikut :
Ponteng sekolah/ponteng kelas
Merokok
Pergaduhan
Datang lewat
Tidak memakai stoking,name-tag/lencana
Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
Menggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya
Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan pengawas-pengawas:
Nasihat dan amaran
Detention Class
Menulis karangan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
Denda (wang tunai/buku)
Merotan (merujuk kepada Guru Besar)
Tindakan yang sewajarnya
Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar dan pengawas
tersebut akan dirujuk kepada Guru Besar
20