Page 10 - amali tanah NPDL
P. 10
nitrogen dalam tanah adalah sentiasa cukup untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Contohnya
ialah bakteria tumbuhan yang dijumpai dalam tanah tersebut.
Selain itu, antara peranan biota tanah yang dijumpai ini juga ialah menguraikan
(decompose) tumbuhan atau haiwan yang sudah mati untuk ditukarkan kepada unsur-unsur lain
seperti karbon dan nitrogen yang masuk ke dalam tanah. Hal ini juga membantu dalam
meningkatkan kesuburan tanah tersebut. Contoh makrofauna yang menjalankan proses ini ialah
semut dan juga kutu. Dengan ini, ia meningkatkan kualiti kesuburan tanah pada satu-satu
kawasan tersebut. Proses dekomposisi ini juga dilakukan oleh mikroorganisma tanah yang
dijumpai seperti bakteria dan fungi.
Akhir sekali, antara peranan yang dimainkan oleh biota tanah yang dijumpai ini ialah
menyediakan baja semula jadi yang sihat dan berkualiti kepada tanah. Fungsi ini semestinya
dimainkan oleh makrofauna cacing. Cacing adalah sejenis haiwan yang cukup penting dalam
kerja-kerja bertani apa-apa tanaman. Hal ini kerana cacing akan mengeluarkan najis sebagai
baja yang cukup baik untuk tumbesaran pokok sama ada di dalam ataupun di atas permukaan
tanah. Dengan ini, pokok tanaman akan menjadi lebih sihat dan dapat hidup dengan subur.
Jenis Ciri dan peranan organisma kepada tanah
organisma
Bakteria ❖ Terlibat di dalam proses pereputan sisa organic
❖ Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan
sulfur dalam tanah.
Cacing ❖ Menyediakan baja semula jadi (melalui najisnya) yang baik dan sihat
untuk tumbesaran pokok yang subur.
Aktinomisit ❖ Penting dalam proses pereputan sisa organik
Semut ❖ Menjadi agen ataupun haiwan pengurai kepada haiwan atau
tumbuhan yang mati. Ia penting untuk menjadikan haiwan mati
menjadi baja semula jadi kepada tanah.
Kulat ❖ Penting dalam pereputan bahan organik : bersimbiosis dengan akar
tumbuhan
Cacing tanah ❖ Mencampurkan hasil reputan daun atas tanah
❖ Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan yang lain