Page 9 - amali tanah NPDL
P. 9
Perbincangan
1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda
cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur
boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-perbezaan tersebut?
Tanah sebagai benda alam yang mempunyai sifat yang berbeza pada pelbagai tempat
untuk menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yang membentuknya. Tanah terbentuk
daripada bahan induk yang mengalami modifikasi akibat perubahan pada faktor iklim, organism
dan juga bentuk permukaan bumi. Berdasarkan faktor-faktor tersebut, maka terbentuklah
pelbagai jenis tanah dan dapat berlakunya klasifikasi tanah. Ciri-ciri tanah sama ada secara fizikal
kimia mahupun biologikal mempengaruhi penghasilan tanaman pertanian. Tanah juga
merupakan habitat bagi flora dan fauna ataupun makrofauna. Habitat adalah suatu makhluk
hidup. Jenis tanah atau lokasi tanah yang berbeza boleh menghasilkan kepelbagaian
makrofauna. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk menunjukkan tempat kelompok
organisma dari berbagai spesis yang membentuk suatu komuniti.
Lokasi yang berbeza mempunyai makrofauna yang berbeza. Ini adalah disebabkan oleh
kandungan tanah yang merangkumi tahap naungan, kelembapan/ kekeringan tanah,
kemampatan tanah dan juga tekstur tanah tersebut. Daripada keputusan yang diperolehi, tanah
dari lokasi A mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingan dengan sampel tanah yang
lain. Tanah lokasi A diambil dari kawasan pokok mempelam yang sedikit lembap. Pokok-pokok
disini hidup subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung
di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai
tanah.
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.
Dalam pada itu, setiap makrofauna yang dijumpai di dalam tanah tersebut sama ada di
lokasi A dan B mempunyai fungsinya yang agak penting bukan sahaja kepada ekosistem dalam
tanah malah termasuk juga ekosistem biosfera bumi. Antara peranan yang dimainkan oleh
organisma tanah (soil organism) yang dijumpai ini ialah, menjadi agen kepada tindak balas
penitaran dan pendenitritan dalam proses kitar nitrogen. Fungsi ini penting supaya kandungan