Page 2 - amali tanah NPDL
P. 2

Tajuk

               Mengkaji ekosistem tanah – biota tanah dan jaringan makanan




               Tujuan

               Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang

               berbeza




               Pendahuluan

                       Kehidupan  terdiri  daripada  dua  komponen  abiotik  dan  biotik.  Komponen  abiotik
               merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya

               matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan
               dan  manusia.  Interaksi  antara  komponen  biotik  dan  abiotik  ini  membentuk  satu  jaringan
               ekosistem. Sesuatu ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan (biodiversity) dan faktor-faktor

               abiotik yang bekerjasama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga, nutrien dan air.
               Sebagai contoh, tumbuhan menjana tenaga dari proses fotosintesis dan tenaga disimpan dalam

               bentuk  karbohidrat  dalam  tumbuhan  atau  lemak  dan  protein  dalam  haiwan  selepas  haiwan
               memakan tumbuahan tersebut.


                                                               Biotik






                                                              Abiotik


                       Organisma-organisma tanah menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan memindahkan

               tenaga  kepada  mereka  manakala  nutrien  balik  ke  tanah  untuk  diambil  balik  oleh  tumbuhan.
               Kebanyakan  organisma  dalam  ekosistem  ini  menghasilkan  fungsi-fungsi  ekosistem  dan
               menyumbang kepada lebih kepelbagaian dan kestabilan kepada ekosistem itu sendiri. Ekosistem

               ialah kitaran bahan yang menghubungkan organisma dalam satu komuniti yang lain dan juga
               dengan  persekitaran.  Biosfera  pula  keseluruhan  zon  bumi,  air  dan  atmosfera  yang  wujudnya
               hidupan.
   1   2   3   4   5   6   7