Page 3 - amali tanah NPDL
P. 3
Kesemua ini saling bergantung dan bersandaran antara satu sama lain bagi memastikan
ekosistem alam sentiasa seimbang dan dapat memenuhi keperluan organisma yang ada di muka
bumi. Saling kebergantungan ini contohnya persaingan, pemangsaan dan hubungan parasit-
perumah. Selain itu, biota ini juga turut saling bertindak dengan persekitaran fizikal dan kimia di
sekeliling. Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling
berhubungan dengan persekitaran yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahan.
Ekosistem adalah sistem terbuka dimana input-input, perpindahan dalaman dan
pengeluaran tenaga dan nutrient berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah
sahaja. Paling biasa alira tenaga bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari
untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu
ekosistem. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan
merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem.
Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap
rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, pengguna yang pelbagai dan
pengurai. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang ke persekitaran
terutamanya dalam bentuk metabolism. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan
tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen, fosforus dan bahan-bahan lain
yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokemikal.
Hipotesis
Lapisan tanah A mempunyai bilangan makrofauna yang banyak
Pembolehubah
Pembolehubah dimanipulasi : Jenis tanah
Pembolehubah bergerakbalas : Bilangan dan jenis makrofauna
Pembolehubah dimalarkan : suhu persekitaran, Teknik mengumpul makrofauna