Page 3 - buku digital baru
P. 3

Proses pengguguran





               Proses pengguguran ini boleh berlaku dalam tiga bentuk yang berbeza, iaitu:




                                                      Proses pengguguran ini boleh berlaku
                                                      apabila subjek tersebut sebagai kata
                                                      ganti nama diri kedua dan kata ganti
                                                      nama diri ketiga yang lazimnya
                                                      digunakan sebagai subjek dalam
                                                      menerbitkan ayat.
                                                                           Proses Pengguguran







                                                      Subjek sebagai frasa nama ini boleh
                                                      digugurkan sekiranya konteks sudah
                                                      jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan
                                                      sama      ada     pengguguran        tersebut
                                                      melibatkan frasa nama, kata ganti nama
                                                      diri kedua dan juga kata ganti nama diri
                                                      ketiga sebagai subjek ayat.


               Proses pengguguran frasa nama (FN) berlaku apabila FN sebagai subjek (S) bergabung
               dengan predikat (P). Di bawah merupakan rumus bagi proses pengguguran subjek.









               Berikut merupakan contoh ayat yang mengalami proses pengguguran:



                                            Pergi pakai seluar lekas!


               Ayat di atas mengalami pengguguran frasa nama. Ayat sebenar ialah Amir, pergi pakai seluar
               lekas! Atau Engkau, pergi pakai seluar lekas! Contoh yang diberikan ialah proses pengguguran
               frasa nama sebagai kata ganti nama diri kedua dan juga subjek.
   1   2   3   4   5   6   7   8