Page 5 - buku digital baru
P. 5

Proses pengguguran frasa
                                  predikat serupa





                   1.  Menurut  Abdullah  Hassan  etl  al  (2006:19),  predikat  adalah  bahagian  ayat  yang
                       menceritakan perkara mengenai orang, benda, tempat, atau perkara yang dinyatakan
                       dalam subjek.
                   2.  Predikat  terhasil  daripada  empat  jenis  frasa  dihadapannya  iaitu  frasa  nama,  frasa
                       kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.
                   3.  Rumus tersebut membantu proses pengguguran bagi frasa predikat. Tanda kurungan

                       yang  ada  pada  perkataan  predikat  membawa  makna  pengguguran  mestilah  berlaku
                       untuk menjayakan proses pengguguran bagi pengguguran frasa predikat ini.

                   4.  Proses pengguguran ini hanya berlaku dalam ayat majmuk gabungan  yang terdapat

                       dalam sesebuah ayat.



               Di bawah berikut merupakan formula proses pengguguran frasa predikat serupa iaitu frasa
               nama (FN) sebagai subjek (S) bergabung dengan predikat yang serupa (PS).



                                               FN = S + P + PS



               Berikut  di bawah merupakan contoh ayat yang mengalami proses pengguguran frasa predikat
               serupa:


                 Ahmad dan Najmudin ialah guru yang mengajarkan matapelajaran Bahasa

                 Melayu.




               Ayat di atas merupakan ayat yang mengalami proses pengguguran frasa predikat serupa. Ayat
               tersebut  boleh  dipecahkan  kepada  dua.  Sebagai  contoh,  ayat  1,  Ahmad  ialah  guru  yang
               mengajarkan matapelajaran Bahasa Melayu dan ayat 2, Najmudin ialah guru yang mengajarkan
               matapelajaran  Bahasa  Melayu.  Frasa  predikat  bagi  ayat  pertama  Ahmad  ialah  guru  yang
               mengajarkan matapelajaran Bahasa Melayu digugurkan dalam ayat majmuk gabungan.
   1   2   3   4   5   6   7   8