Page 7 - Windows User
P. 7
• Sebarang perbelanjaan di bawah RM2,000 cukup jika mendapat persetujuan daripada YDP,
Setiausaha dan Bendahari, perbelanjaan di atas RM2,000 memerlukan persetujuan
mesyuarat/majoriti AJK PIBG manakala perbelanjaan yang melebihi RM20,000 memerlukan
persetujuan majoriti ahli dalam AGM.
Tindakan: Makluman
5.6 Pn. Siti Maheran binti Jamil@Ramlan meminta pihak PIBG untuk menyumbang hand sanitizer dan
pelitup muka bagi kegunaan murid-murid kerana bekalan yang ada tidak mencukupi untuk
menampung keperluan harian.
5.6.1 Mesyuarat bersetuju untuk membantu pihak sekolah bagi tujuan tersebut.YDP memberi
maklumbalas bahawa beliau akan menghalusi cadangan/kaedah terbaik bersama AJK ibu bapa untuk
membantu pihak sekolah.
Tindakan: AJK Ibu Bapa
5.7 Pn. Hasniza Binti Hafidzin memaklumkan kepada mesyuarat tentang kejayaan murid-murid SMK Alam
Megah dalam bidang kokurikulum.
Kejayaan
Bil Nama Murid Perkara
Muhammad Zuhair Hazman Bin Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Tempat Ke-3
1
Bohari (4 Keruing) Peringkat Daerah Petaling Perdana
Peserta Peringkat
Nur Izzah Zahraa Binti Mohd Fazli Pertandingan Poetry Recitation
2 akhir
(2 Jati) Peringkat Daerah Petaling Perdana
Peserta Peringkat
Nurdina Maria Binti Mohd Pertandingan Public Speaking Peringkat
3 akhir
Iskandar Budiman (4 Jati) Daerah Petaling Perdana
Tindakan: Makluman
5.8 Pn. Eswari a/p Appukuttan memaklumkan kepada mesyuarat bahawa jika ada pihak PIBG dan pihak
sekolah yang memerlukan bantuan terutamanya dalam urusan murid-murid India bolehlah menghubungi
beliau.
Tindakan: Makluman
6.0 Ucapan Penangguhan
YDP mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memohon kerjasama semua agar
memberikan komitmen atas jawatan yang telah diamanahkan di samping bersama-sama menjaga nama baik
sekolah secara amnya dan PIBG secara khasnya.
Tindakan: Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.50 tengah hari.
Disediakan oleh,
__________________________
(MEMI MEMI BINTI OSMAN)
Setiausaha PIBG
SMK Alam Megah
7