Page 5 - MINIT AGM PIBG SMKAM 2020
P. 5

2.4    YDP memaklumkan bahawa sumbangan ibu bapa yang berjumlah RM100 per keluarga
                              telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah.
                              Hal ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah para pelajar.
                              YDP memaklumkan  bahawa PIBG telah banyak membantu pihak sekolah dalam semua
                              aspek.

                       2.5    YDP turut memaklumkan  bahawa PIBG sesi 2019 telah meneruskan kesinambungan
                              aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Sehubungan dengan itu, beliau
                              menyeru semua ibu bapa dan penjaga yang dermawan atau yang berkemahiran dalam
                              bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak sekolah dalam
                              menyumbang    ke  arah  kecemerlangan  pendidikan  anak-anak  kita.  Semua  bentuk
                              sumbangan tidak kira dari segi kewangan atau kepakaran adalah amat dialu-alukan.

                       2.6    YDP  berharap  agar AJK PIBG sesi 2020 yang akan dilantik kelak dapat menjalankan
                              tugas  dengan  baik  serta  meneruskan  semua  usaha  dengan  lebih  gigih  bagi
                              meningkatkan kecemerlangan SMK Alam Megah.

               3.0     Pengesahan Minit Mesyuarat Agong Kali Ke-24

                       3.1    Minit Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-24 telah disahkan tanpa pindaan.
                       3.2    Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Fairuz Binti   Omar dan  disokong oleh Puan
                              Melor Binti Ismail.

               4.0     Perkara Berbangkit

                       4.1    Tiada perkara berbangkit.

               5.0     Meluluskan Laporan Aktiviti Tahun 2019

                       5.1    Setiausaha  PIBG  membentangkan  laporan  aktiviti  tahunan  2019  dengan  merujuk
                              halaman 17 dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24.
                       5.2    Setiausaha PIBG juga membentangkan laporan kehadiran mesyuarat AJK PIBG 2019
                              dengan merujuk halaman 18 dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24.
                       5.3    Dicadangkan  lulus  oleh  Pn  Siti  Adibah  binti  Abdul  Rahman  dan  disokong  oleh  Pn
                              Norehan Binti Mohamed Lod.

               6.0     Meluluskan Laporan Kewangan PIBG 2019

                       6.1    Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan bagi  berakhir 31 Disember tahun
                              2019  dengan   merujuk halaman 19-24 dalam buku program Mesyuarat  Agung PIBG
                              kali ke-25.

                                            Jumlah penerimaan  :    RM   117,507.05
                              Jumlah pembayaran :    RM     83,928.70
                              __________________________________
                                       Baki                              :      RM      33,578.35


                       6.2    Puan  Ruzlina Binti Panjang Adni mencadangkan laporan kewangan disahkan dan disokong
                              oleh Puan Shamsinar Binti Bujang.


                                                             5
   1   2   3   4   5   6   7   8