Page 6 - MINIT AGM PIBG SMKAM 2020
P. 6

7.0     Perbincangan Cadangan/Usul Ibu Bapa dan Guru

                       7.1    En  Nazri  bin  Mokhtar  memohon  penjelasan  berhubung  perbelanjaan  bagi  Graduasi
                              Tingkatan 5.

                              7.1.1 YDP menjelaskan PIBG hanya menyumbang sebahagian kos dan kos keseluruhan
                              lebih kurang RM 7,000. Setiap murid dikehendaki membayar RM150 sekiranya ingin
                              menyertai program tersebut.

                              7.1.2  NYDP  memaklumkan  bahawa  terdapat  8  kelas  Tingkatan  5  dengan  jumlah
                              muridnya 256 orang. Sumbangan ini merupakan salah satu cara PIBG mengiktiraf dan
                              menghargai murid Tingkatan 5.

                       7.2    Puan Norazillah Binti Ibrahim mencadangkan elaun makan RM7 oleh PIBG untuk pelajar
                              yang mewakili  sekolah ke MSSD, MSSS dan  MSSM dapat diteruskan.

                              7.2.1 Cadangan disokong dan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

                       7.3    Pn Noredayu bt Arif mencadangkan agar diadakan program untuk menambah dana
                              PIBG serta membaiki atau menambah kemudahan prasarana sekolah.

                              7.3.1  YDP  memberi  maklumbalas  bahawa  program  kutipan  dana  akan  diadakan
                              dibincang dalam mesyuarat AJK yang akan datang.

                       7.4    Pn Noredayu bt Arif mencadangkan agar setiap pelajar tingkatan 3  dikekalkan bayaran
                              tambahan  peningkatan  prestasi  sebanyak  RM30  seperti  tahun  yang  lepas  dan
                              menaikkan bayaran tambahan peningkatan prestasi sebanyak RM50   bagi pelajar
                              tingkatan 5 untuk tujuan menampung keperluan program peningkatan prestasi PT3 dan
                              SPM. Beliau juga memaklumkan kos tersebut adalah untuk pembinaan modul, bengkel,
                              ceramah  dan    sebarang  program  bawah  peningkatan  prestasi.  Pn  Norbaya  Binti
                              Mohamad turut mencadangkan yuran PIBG dikekalkan kepada kekal RM100 bagi satu
                              keluarga. Daripada jumlah tersebut, derma PIBG ialah RM85 dan RM15 untuk majalah
                              sekolah

                              7.4.1   Cadangan disokong dan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

                       7.5    YDP mencadangkan Program Kudapan Pagi untuk calon PT3 dan SPM diteruskan.

                              7.5 .1  Cadangan disokong dan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

                       7.6      NYDP  mencadangkan  pembahagian  sumbangan  PIBG  mengikut  kategori    termasuk
                              projek infra dan prasarana sekolah serta isu kekurangan guru.

                              7.6.1    YDP memberi maklumbalas bahawa cadangan akan diperhalusi dalam mesyuarat
                              AJK yang akan datang.

                       7.7    YDP mencadangkan projek Gerobok Rezeki dijalankan pada tahun ini untuk membantu
                              murid-murid yang kurang mampu.



                                                             6
   1   2   3   4   5   6   7   8