Page 3 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG 2020
P. 3

Ucaptama

                                         Pengetua


                                         SMK Tanjong Bunga



                Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
                ALHAMDULILLAH , syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia
            rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak
            -anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 2020. Kehadiran para ibu bapa amat
            dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda
            sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.
                Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua
            pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi
            sekolah ini. SMK Tanjong Bunga sentiasa berusaha merancang dan mengadakan
            pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini
            meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan
            telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
            Semua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan
            semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua.
            Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat
            penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang
            sentiasa diduga dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu, sokongan dan
            sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material mahu pun idea-idea yang bernas ,
            sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan
            pembangunan prasarana sekolah telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan
            prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang.
                Pihak sekolah akan sentiasa menerima teguran, bimbingan, sokongan dan
            kerjasama daripada pihak JPPP,PPD, PIBG dan masyarakat setempat untuk
            meningkatkan lagi sekolah ini ke tahap yang lebih membanggakan. Terima kasih
            kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK PIBG Sidang
            2019-2020 dan semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dalam
            menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan sekolah. Semoga
            komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan
            antara sekolah dan masyarakat.
                Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang
            tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
            SMK Tanjong Bunga. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah
            S.W.T.
                “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
                HAJAH FARIDAH BINTI HUSSAIN
                PENGETUA
                SMK TANJONG BUNGA.

                                                       1
   1   2   3   4   5   6   7   8