Page 4 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG 2020
P. 4
Ucaptama
Yang dipertua pibg
sesi 2018/2019
SMK Tanjong Bunga
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Bersyukur saya kepada Illahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita sama-
sama berkumpul pada pagi yang ceria ini untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG Kali ke-46 SMK Tanjong Bunga. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas
kesudian para ibu bapa hadir ke mesyuarat kita pada tahun ini. Kehadiran ini menunjukkan
bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada barisan pentadbir dan para
guru sekolah ini untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan
anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri.
Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan
modal insan berminda kelas pertama. Syabas diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup
meluangkan masa untuk bersama-sama pada hari ini bagi menunjukkan keprihatinan dan
melaksanakan tanggung jawab sebagai ahli PIBG.
Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang dia-
manahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana
dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi
kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi
menjayakan segala program yang dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir da-
pat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga
bagi persatuan ini. Semua daripada kita mempunyai peranan masing-masing yang harus
dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun PIBG beroperasi atas dasar sukarela, namun
konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik
untuk kecemerlangan anak-anak kita. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama
memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini
menjadi lebih dinamik.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak
sekolah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai baik dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan akan dicapai. Justeru, setinggi-
tinggi terima kasih kepada para guru atas usaha gigih tanpa jemu dalam mencurahkan ilmu
kepada anak-anak kami. Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus
berusaha melahirkan generasi yang lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan
masa depan. Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-46
SMK Tanjong Bunga. Saya berharap AJK PIBG Sidang 2019/2020 yang akan dipilih dan
dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan sebaik mungkin.
Sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar tampil untuk menya-lurkan idea-idea
yang bernas mahupun tenaga untuk digembeleng sebagai inspirasi kepada PIBG supaya
sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang.
TUAN HAJI ABDUL WAHAB BIN TAHIR
YDP PIBG SMK TANJONG BUNGA
SIDANG 2019-2020
2