Page 38 - Layout 1
P. 38

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS DAN ACARA

          URUS SETIA/JAWATANKUASA SENTIASA BERSIAP
          SIAGA


          1.   Jawatankuasa Pelaksanaan memastikan perkara di dalam
               senarai semak dilaksanakan;


          2.   Bertindak dan membuat keputusan sekiranya berlaku sesuatu
               di luar jangkaan seperti berikut:
               i.    Keputusan dibuat dengan pantas;
               ii.   Mengutamakan perancangan alternatif dahulu sekiranya
                     sesuai;
               iii.  Membuat keputusan baru bagi mengurangkan kecacatan
                     majlis/acara sekiranya majlis/acara boleh diteruskan; dan
               iv.   Tindakan yang dibuat adalah sesuai dan rasional semasa
                     majlis/acara dan mempunyai urus setia dan Petugas
                     serta peralatan yang mencukupi.


          3.   Atur cara dan skrip Pengacara Majlis hendaklah sentiasa dipantau
               bagi memastikan pergerakan majlis/acara seperti yang dirancang.

          A.   SAMBUTAN TIBA DAN BALIK


               Perkara yang perlu dititikberatkan dalam sambutan adalah:


               1.    Pembuka pintu kereta tetamu kehormat;


               2.    Penyambut tetamu kehormat;


               3.    Tugas Pengerusi Jawatankuasa Induk/Penganjur;

               4.    Pembawa jambangan bunga;

               5.    Tempat parkir tetamu kehormat;



     32   Bahagian Pengurusan Acara
          JABATAN PERDANA MENTERI
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43