Page 48 - Layout 1
P. 48
PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS DAN ACARA
IMPAK
4. Kontinjen ini sebagai satu medium untuk merapatkan hubungan
silaturrahim di antara warga Penjawat Awam dan mendekatkan diri kepada
rakyat.
5. Ia juga dilihat sebagai salah satu sumbangan dan sokongan kepada
Negara dan memperlihatkan semangat patriotik penjawat awam kepada
semua.
6. Di samping itu juga, kontinjen ini boleh menyebarkan misi-misi,
matlamat dan hala tuju perkhidmatan awam melalui tema tersebut.
PENYERTAAN KONTINJEN
7. Cadangan penyertaan adalah seramai 350 orang peserta yang terdiri
daripada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan dan Ketua
Jabatan/Agensi Kerajaan. Maklumat penuh adalah seperti di LAMPIRAN A.
IMPLIKASI KEWANGAN
8. Anggaran perbelanjaan kontinjen adalah seperti berikut:
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1. Sepanduk XXX
2. Bunting XXX
3. Props XXX
JUMLAH KESELURUHAN XXXX
42 Bahagian Pengurusan Acara
JABATAN PERDANA MENTERI