Page 47 - Layout 1
P. 47

PANDUAN PENGURUSAN MAJLIS DAN ACARA

                                                               LAMPIRAN B



          Contoh Kertas Konsep (Kertas Cadangan)



          Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
          YBhg. Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,


          YBhg. Datuk,

          CADANGAN KONSEP PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN KE-55 TAHUN
          2012 (KONTINJEN KETUA SETIAUSAHA NEGARA)

          Dengan segala hormatnya izinkan saya memaklumkan beberapa cadangan
          dan perkara berkaitan persiapan program di atas untuk makluman YBhg.
          Datuk jua seperti berikut:

          Tarikh        :   31 Ogos 2012 (Jumaat)
          Masa         :   8.30 - 9.30 pagi
          Tempat      :   Dataran Merdeka, Kuala Lumpur



            LATAR BELAKANG


          2.   Selaras dengan tema hari Kemerdekaan tahun ini “55 Tahun Merdeka,
          Janji Ditepati” dan pendekatan Perkhidmatan Awam yang terkini adalah
          dicadangkan satu kontinjen yang diketuai oleh YBhg. Ketua Setiausaha
          Negara sendiri dan disertai oleh semua Ketua Setiausaha Kementerian,
          Ketua Perkhidmatan dan Ketua Jabatan Agensi Kerajaan.



          TEMA

          3.   Dicadangkan tema dan nama kontinjen ini sebagai Kontinjen
          Merakyatkan Perkhidmatan Awam.

                                                            Bahagian Pengurusan Acara  41
                                                          JABATAN PERDANA MENTERI
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52