Page 50 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 50
Keindahan Sebuah Kelas
Keindahan ciptaan Tuhan,
Terbentang luas
Dipenuh beribu ragam manusia,
Kenakalan , keagresifan , keharmonian ,
Kesatuan , persamaan , kebersamaan
Namun,
Ragam inilah yang menjadikan
Suasana kelas lebih bernyawa
Ragam inilah yang menjadikan
Kehidupan lebih ceria.
Tanpa adanya keindahan ciptaan Tuhan
Pasti keadaan menjadi khali
Lidah kelu tanpa budi bahasa
Diam membisu seribu bahasa
Cuba kita berilusi
Sekiranya Tuhan tiada , kita tiada
Apalah gunanya erti keindahan
Sebuah kelas di bumi Semegah.
Sekolah ibarat rumah
Kelas ibarat ruang
Ahlinya satu keluarga
Bertepuk tampar , bergelak ketawa
Bergurau senda , beriang gembira
Berbual , belajar , bermain
Segalanya bersama
Memori tercipta setiap detik dan waktu
Pasti terserap ke dalam ingatan
Semuanya kerana indahnya sebuah kelas.
Oleh : 3 Alpha