Page 45 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 45

Di  samping  itu,  kita  juga  hendaklah  menolong  ibu  bapa  melakukan  kerja  rumah    termasuklah
               menjaga  adik-adik  yang  masih  kecil. Hal  ini  disebabkan  tuntutan  kehidupan  duniawi  kini,  ibu  bapa
               sibuk  bekerja  mencari  rezeki  bagi  menampung  keperluan  hidup    dan  tidak  dapat  meluangkan  masa
               untuk membuat kerja rumah dengan sempurna. Adalah menjadi tanggungjawab anak-anak yang lebih
               dewasa membantu dengan  kerja rumah seperti mencuci pinggan, menyapu, dan lain-lain yang boleh
               kita  lakukan  selepas  pulang  dari  sekolah.  Justeru,  sebagai  anak,  kita  mestilah  berusaha
               mengurangkan beban ibu bapa daripada aspek fizikal dan material.  Secara tidak langsung perbuatan
               ini akan menyenangkan hati  ibu bapa.

                  Cara yang lain ialah sebagai anggota keluarga, kita perlulah saling menghormati dan saling menolong
               apabila menghadapi masalah. Misalnya, kita boleh meluahkan perasaan dan isi hati antara satu sama
               lain.  Kita  juga  boleh  menjadi  pendengar  setia kepada  ibu  bapa  ketika  mereka  berhadapan  dengan
               masalah.   Ini akan   membantu  mereka  meringankan  tekanan  mereka. Perselisihan faham mungkin
               boleh dielakkan. Selain itu, kita juga perlulah memberikan kasih sayang dan prihatin kepada ibu bapa.
               Dengan  ini,  ibu  bapa  akan  berasa  bersyukur  dengan  anak-anaknya.  Jadi,  kita  dapat  hidup  dalam
               suasana  yang  harmoni.  Selain  itu,  kita  juga  bolehlah  membuat  kad  dan  menghantar  mesej  kasih
               sayang  kepada  ibu  bapa  semasa  hari  ibu  bapa  atau  hari  jadi  mereka.  Ini  pun  sudah  memadai  bagi
               mereka. Hal ini demikian kerana sesuatu kad sudah cukup menggembirakan ibu bapa.

                      Selain daripada itu, anak-anak hendaklah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu bapa di
               dunia  dan  akhirat.  Kita  perlu  berdoa  dan  memohon  pertolongan  daripada  Allah  setelah  selesai
               menunaikan  solat.  Kita  mestilah  memohon  agar  ibu  bapa  kita  ditempatkan  dalam  kalangan  para
               mukminin.  Setelah  ibu  bapa  kita  meninggal  dunia,  sentiasalah  menziarahi  kubur  mereka  dan
               mendoakan kesejahteraan mereke agar segala dosa-dosanya diampuni oleh Allah. Tambahan pula, jika
               ibu bapa kita sering melupakan kewajipannya terhadap Allah, doa daripada anak-anak yang soleh dan
               solehah  diharap  mampu  mengubah  keadaan.  Jelaslah  bahawa,  anak-anak  hendaklah  mendoakan
               kesejahteraan ibu bapa kerana itu adalah salah satu tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.
                     Sebagai  anak  yang  tahu  harga  diri,  kita  wajar  menjaga  maruah  diri  dan  maruah  ibu  bapa.
               Jangankan ibu bapa sudah sampai pada usia warga emas, namun dalam setiap keadaan maruah mereka
               perlu  dijaga.    Sebaliknya  pada  hari  ini  terdapat  begitu  ramai  anak-anak  yang  menjadi  samseng
               jalanan,  penagih  dadah,  atau  apa  sahaja  gejala  sosial  yang    sedang  menular  di  tengah-tengah
               masyarakat.  Anak-anak  sewajarnya  menyediakan  benteng  mempertahankan  rohani  mereka.  Jika
               terlanjur,  kembalilah ke  pangkal jalan. Pilihlah jalan hidup  yang diredai dengan berpegang kepada
               pedoman agama, adat budaya dan pantang larang. Akibat meminggirkan gaya hidup yang berteraskan
               nilai-nilai sejati insani akhirnya disiplin, akhlak dan budi bahasa tidak dipedulikan. Hancurlah hati ibu
               bapa  yang  melahirkan  dan  membesarkan.  Oleh  itu,  sebagai  anak  yang  tahu  akan  nilai  keinsanan
               elakkanlah diri kita daripada terjebak dan jangan melibatkan diri kita dengan masalah sosial.
                     Kesimpulannya, anak-anak perlu memainkan peranan yang penting akan segala tanggungjawab kita
               supaya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Setiap generasi yang cemerlang lahir daripada keluarga
               yang  sakinah,  mawwaddah  dan  warrahmah.    Anak-anak  perlu  melaksanakan  tanggungjawab  dengan
               penuh  rasa  keikhlasan  dan  kasih  saying    bagi  mewujudkan  sebuah  keluarga  yang  harmoni  dan
               cemerlang. Keluarga yang harmoni dapat mencapai Wawasan 2020 sekali gus dapat menjulang negara
               ke  puncak  jagat  kerana  generasi  yang  bersahsiah,  berketerampilan  dan  berakhlak  mulia  lahir
               daripada keluarga yang harmoni.
                                                   -   Aliff Firdaus – 5 sains
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50