Page 43 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 43

Masalah Sosial  dalam Kalangan Remaja
                                           Oleh Nur Arifah bt Azami ( 5 SN)

                   Masalah sosial dalam kalangan remaja  semakin  diperkatakan dan menjadi buah
               mulut masyarakat. Kini, masalah ini semakin menjadi ‘duri dalam daging’ sehingga

               menimbulkan kegusaran hati banyak pihak. Antara masalah sosial remaja yang biasa
               menjadi paparan di dada akhbar dan kaca televisyen ialah gengsterisme, vandalisme,
               melepak, ponteng sekolah, seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Persoalannya,
               apakah peranan rakan sebaya dalam usaha mengatasi masalah remaja ini daripada
               terus meruncing?
                      Peranan perdana dalam mengurangkan masalah ini ialah remaja perlu bijak
               memilih rakan. Kajian mendapati bahawa masalah sosial banyak dipengaruhi oleh
               pengaruh rakan sebaya.  Jadi, pilihlah rakan yang mempunyai peribadi yang baik,
               berjati diri yang kukuh dan berdisiplin dalam semua aspek.  Hal ini bagi memastikan
               agar kita dapat menjadikan mereka sebagai idola dan suri teladan. Kata orang, kalau
               memilih untuk berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena asapnya manakala
               kalau memilih untuk berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan terkena
               wanginya. Jadi, ‘tepuk tanya, tanya selera’.

                    Selain itu, peranan rakan sebaya ialah menasihati rakan, sama ada yang baru
               mahu terlibat atau yang telah terlibat dalam kancah sosial. Dalam hal ini, kita perlu
               berhati-hati umpama ‘menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak
               berserak’ bagi mengelakkan ada rakan yang akan terguris hati dengan tindakan kita
               nanti. Kita perlu menceritakan keburukan dan akibat jika terlibat dalam masalah
               sosial seperti menggelapkan masa hadapan, terdedah dengan risiko tindakan
               tatatertib dan dicemuh oleh masyarakat. Jika khuatir, bolehlah mengusulkan rakan-
               rakan  untuk berjumpa dengan kaunselor bagi mendapatkan nasihat dan panduan.
                     Di samping itu, rakan sebaya boleh mengajak remaja memanfaatkan masa

               senggang dengan kegiatan yang berfaedah. Remaja yang terlibat dalam masalah
               sosial ini sebenarnya tidak bijak merencanakan masa dengan baik. Disarankan,
               mereka mendekatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong
               membersihkan kawasan perumahan, kenduri-kendara, dan menyertai kem motivasi
               dan jati diri. Selain dapat mengelakkan diri daripada salah haluan, mereka juga
               dapat bertukar-tukar pandangan dengan rakan yang lain.
                    Bukan itu sahaja,  rakan sebaya juga perlu mendorong remaja untuk sentiasa
               berfikiran positif dan rasional dalam semua perkara.  Kajian mendapati gejala
               seperti ponteng sekolah berlaku apabila remaja terlalu mengikut nafsu dan
               keseronokan,  iaitu ingin mendapat kebebasan dan benci akan pelajaran.  Untuk itu,
               remaja perlu merenung kembali tujuan dihantar untuk belajar, iaitu bagi
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48