Page 44 - GEMALA EDISI 12 try version_Neat
P. 44
mencerahkan masa depan dan melahirkan modal insan kelas pertama bagi
menghadapi gelombang globalisasi dan cabaran alam pekerjaan. Oleh itu, buangkan
semua keseronokan sementara ini dan kecapilah kebahagiaan pada masa hadapan. ‘
Berakit-rakit ke hulu berenamg-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu bersenang-
senang kemudian’.
Tambahan, rakan sebaya boleh membantu remaja menetapkan matlamat hidup
dengan jelas. Rakan yang positif akan mendorong sahabat menjadi lebih positif dan
lebih baik. Sebenarnya, terdapat remaja bermasalah yang tidak pernah tahu
tujuan mereka hidup. Oleh sebab itu, mereka sewenang-wenangnya menghabiskan
masa dengan melepak dan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Seandainya
rakan dapat membantu dengan menyedarkan mereka dengan tujuan yang tetap,
sudah pasti kehidupan mereka tidak disia-siakan kerana mereka tahu ‘masa itu
emas’. Dengan cara ini juga, mereka akan belajar bersungguh-sungguh demi
mencapai cita-cita yang diidam-idamkan.
Secara holistiknya, masalah sosial remaja perlu ditangani segera. Kerjasama
semua pihak penting bagi memastikan masalah ini dapat diperangi hingga ke akar
umbi. Dalam hal ini, masyarakat perlu mengambil sikap ‘menjaga tepi kain orang’ dan
usah mengamalkan resmi ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing’. Perkara yang lebih penting, pendidikan agama yang cukup boleh menjadi
benteng yang ampuh dalam memastikan anak-anak remaja dapat mengelakkan
daripada terjebak dalam kancah yang tidak berpenghunjungnya ini.
CARA – CARA MENGHARGAI JASA IBU BAPA
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat
menjaga seorang ibu. Begitulah kata-kata yang sering diingatkan kepada anak-anak agar menghargai
segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya. Dari sejak
kecil, kita telah ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu bapa kita agar dapat menjalani kehidupan
yang sempurna. Namun akhir-akhir ini, sering meniti dari bibir ke bibir setiap umat manusia di
segenap empat penjuru dunia tentang isu anak-anak melupakan ibu bapa mereka. Sebagai seorang
anak yang telah dilahirkan dari rahim ibu, kita hendaklah membalas jasa mereka sebagai seorang
anak terhadap ibu bapa kita. Mengharap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Sebagai anak, cara yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa mereka ialah kita perlu
menurut nasihat ibu bapa dan taat kepada mereka. Ibu bapa seringkali membajai kita dengan
pelbagai nasihat untuk panduan hidup kita. Oleh itu, kita hendaklah membezakan antara baik
dengan buruk. Dengan ini, kita tidak mudah melakukan kesalahan dan membimbangkan ibu bapa. Di
samping itu, kita juga perlu memastikan diri sendiri berada di landasan yang betul. Misalnya, kita
perlu mengelakkan amalan yang kurang bijak seperti berjudi, penteng sekolah, melakukan masalah
disiplin dan sebagainya. Bak kata pepatah,’berfikir sebelum bertindak. Sebagai anak, perbuatan ini
tentu akan menyenangkan hati ibu bapa.