Page 2 - ALCOM Program Book
P. 2

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF


                               ٔ
                                             ٔ
                    نيعمجا هبحصو هلا ىلعو نيلسرملاو ٕايبن��ا فرشا ىلع م��سلاو ةولصو نيملعلا بر هلل دمحلا
                                                           ُهُتاَكربو ِهللا ُةم ْ حرو مُك ْ يَلَع مَ��سلا
                                                                          ُ �
                                                            َ َ َ
                                                                  َ َ َ ْ
         Para kakitangan LCISB, pemegang lesen, rakan kongsi, principal, dan sekalian warga Little
         Caliphs yang dihormati dan dikasihi.

         Allahummalakalhamduwalakassyukur, sekali lagi kita diizinkan oleh Allah SWT untuk berhim-
         pun sebagai satu jemaah pendidik tadika Little Caliphs dalam acara tahunan ALCOM yang
         wajib dan khusus bagi setiap pemegang lesen, rakan kongsi, dan Pengetua The Little Caliphs
         Program (TLCP).

         Saya merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih saya kepada semua yang terlibat
         dalam menjayakan ALCOM 2018, khususnya barisan Jawatankuasa ALCOM 2018 yang diketu-
         ai oleh Encik Ahmad Farhan Ahmad.

         Objektif ALCOM yang utama ialah:
         (1) Untuk menggalakkan taaruf, penyatuan, kesamaan dan kesefahaman di antara semua
         pemegang lesen TLCP; dan
         (2) Menyampaikan informasi daripada HQ kepada semua pemegang lesen TLCP terutamanya
         tentang arah tuju LCISB, hubungan, komitment, kualiti dan sebagainya.

         Terlalu banyak kurnia Allah SWT kepada Little Caliphs sepanjang tahun 2018 yang wajib kita
         syukuri. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jazakumullahukhair kepada setiap
         kakitangan LCISB, pemegang lesen dan pihak yang terlibat dalam peningkatan kualiti,
         pengukuhan jenama, pembukaan cawangan baru, peningkatan penyelidikan dan pemban-
         gunan (R&D) serta  Teachers  Training, Quality Audit, proses jual-beli merchandise yang
         berjalan licin, pengukuhan ukhuwwah dan kerjasama melalui acara bersama seperti
         LittleHajj 2018, Reading Technique Seminar, Little Daie Challenge (LDC), Sportsday Carnival
         dan banyak lagi.

         Tuan puan yang dirahmati Allah,

         Allah SWT berrman di dalam Al-Quran:

         "Wahai orang orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan
         menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
         (Muhammad:7)
   1   2   3   4   5   6   7