Page 3 - ALCOM Program Book
P. 3
"Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mangalahkanmu, tetapi jika Allah
membiarkan kamu, maka siapa yang dapat menolongmu? Karena itu, hendaklah kepada
Allah sajalah orang orang mukmin bertawakkal."
(Ali Imran:160)
Segala puji dan syukur hanya bagi Allah di atas perkembangan dan pencapaian Little Caliphs
dulu, kini dan selamanya.
Sesungguhnya dari mula hingga sekarang, rangkaian Tadika Little Caliphs telah berjaya
berkembang dan mencapai tingkat demi tingkat adalah SEMATA-MATA kerana PERTOLON-
GAN ALLAH.
Bahawasanya juga dari saat ini sampai bila-bila, kita hanya akan terus berkembang dan
mencapai tingkat demi tingkat adalah SEMATA-MATA kerana PERTOLONGAN ALLAH.
Maka strategi utama untuk terus berkembang dan meningkat dalam pelbagai aspek adalah
melakukan apa yang melayakkan kita untuk mendapat PERTOLONGAN ALLAH.
Setelah belajar dan bertanya kepada para alim ulama, cara paling berkesan untuk mendapat
pertolongan Allah ialah dengan MENOLONG AGAMA ALLAH, yakni melakukan AMAR
MAARUF NAHI MUNGKAR. Firman Allah SWT:
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab
beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan
kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik (Ali Imran:110)
Amar maaruf bermaksud mengajak kepada tauhid, rukun iman dan rukun Islam, serta
perintah-perintah Allah yang lain, dan mengajak kepada ittiba’ (tiru) sunnah Nabi SAW.
Nahi mungkar bermaksud mencegah perbuatan syirik, pelanggaran perintah larangan Allah,
dan meniru selain selain daripada Sunnah Nabi SAW.
Amar maaruf nahi mungkar inilah yang merupakan ibu segala kebaikan, dan dengan amalan
ini Allah SWT akan melorong kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat.