Page 7 - Microsoft Word - TAKWIM SEKOLAH SKSATI 2018.doc
P. 7
TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
7.2 Guru kelas bertanggungjawab mengambil dan menanda kedatangan
secara kemas dan teratur pada setiap hari dan dikembalikan ke pejabat
pada pukul 8.10 pagi. Tugas ini tidak boleh diberikan kepada pelajar .
7.3 Buku Jadual Kedatangan tidak boleh dibawa balik ke rumah atau ditinggal di
bilik guru. Buku ini hendaklah sentiasa disimpan di pejabat.
7.4 Guru kelas perlu ada bukti jika murid tidak hadir ke sekolah seperti surat ibu
bapa/penjaga atau sijil cuti sakit.
7.5 Guru kelas dikehendaki menghantar surat kepada ibu bapa/penjaga jika
didapati seseorang murid tidak hadir lebih daripada 3 hari berturut-turut.
7.6 Analisis mesti dibuat pada setiap hujung bulan dan akan disemak oleh Guru
Kanan HEM.
8.0 Mesyuarat/ Taklimat Guru
8.1 Semua guru diwajibkan menghadiri semua mesyuarat/taklimat yang diberikan
oleh Guru Besar dari masa ke se masa.
8.2 Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab,guru
berkenaan hendaklah memberitahu Guru Besar.
9.0 Jadual Waktu
9.1 Guru kelas hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu kelas
dipamerkan di dalam kelas sendiri.
9.2 Semua guru mesti mematuhi Jadual Waktu mengajar sepenuhnya.
9.3 Guru-guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas/tempat mengajar
mengikut jadual yang ditetapkan. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan
kelas kecuali dengan kebenaran Guru Besar.
10.0 Jadual Ganti
10.1 Guru-guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan.
10.2 Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar oleh itu guru mesti
berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti.
10.3 Semua guru hendaklah menyemak Jadual Waktu Ganti apabila
diserahkan.
10.4 Slip guru ganti hendaklah ditampal dalam Buku Rekod Mengajar.
11.0 Surat Arahan Pekeliling
11.1 Setiap arahan dan surat perkeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar
hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas
membacanya.
11.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/PPD
guru hendaklah mengembalikan dengan kadar segera ke pejabat sekolah
setelah tindakan diambil.
11.4 Sekiranya guru engkar arahan Guru Besar tanpa alasan yang munasabah,
beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib.
SK St Anthony, Teluk Intan Page 7
Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)