Page 9 - Microsoft Word - TAKWIM SEKOLAH SKSATI 2018.doc
P. 9
TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
PANDUAN GURU KELAS
1.0 Jadual Kedatangan
Butir-Butir Pelajar
a) Nama pelajar hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf besar dan mengikut
ejaan dalam Surat Beranak.
b) Nama pelajar disusun dengan jelas (huruf cerai) untuk setiap bulan.
c) Susunan nama ditulis mengikut abjad.
d) Sebarang kesilapan hendaklah dibatalkan dengan garis pen dan ditandatangani
ringkas dan jangan menggunakan pencair pemadam (Liquid Paper)
Maklumat Keluar / Kerana Berhenti Sekolah.
(Sila rujuk lampiran Pendidikan Wajib)
a) Isikan maklumat tersebut di mukasurat 6 dan 7. Nyatakan sebab berhenti
sekolah/pindah sekolah.
Murid Masuk
a) PK HEM akan memberi borang pendaftaran kepada setiap pelajar yang baru
masuk. Guru Kelas dikehendaki mendapatkan borang tersebut yang lengkap
diisi berserta salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak daripada pelajar berkenaan
untuk difailkan.
b) Jika menerima surat kelulusan rasmi untuk pertukaran masuk seseorang pelajar,
guru kelas dikehendaki membuat pembayaran lengkap dalam Buku Pendaftaran
Sekolah dengan kadar yang segera.
c) Kutip bayaran tambahan daripada pelajar baru,sekiranya bayaran tambahan
telah dibuat di sekolah lama kutip resit bayarannya dan buat catatan pada muka
surat 35.
Panduan Menulis Kedatangan Pelajar Dalam Jadual Kedatangan
a) Dalam Jadual Kedatangan Kelas, guru sila guna tanda-tanda seperti berikut.
Hadir Untuk pelajar hadir (/)
Tidak Untuk pelajar yang tidak hadir tapi ada surat akuan/surat doktor/atau
(S)
Hadir diakui oleh ibubapa/penjaga
a) Untuk pelajar yang tuang atau tidak hadir dan tidak ada surat
akuan/surat doktor/atau diakui oleh ibubapa/penjaga atau
keterangan-keterangan yang boleh diterima oleh Pengetua/Guru
Ponteng Kelas secara lisan atau bertulis,atau (P)
b) Untuk pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut (dan tidak
menunjukkan apa-apa keterangan) atau selang 2 hari dan
seterusnya,boleh dimasukkan dalam kategori ponteng
Lewat Untuk murid yang datang lewat (L)
SK St Anthony, Teluk Intan Page 9
Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)