Page 89 - Microsoft Word - TAKWIM SEKOLAH SKSATI 2018.doc
P. 89
TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
1. BIDANG TUGAS:
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong
Kanan Pentadbiran.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal
Murid.
1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sesi petang.
1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. SENARAI TUGAS:
2.1 Disiplin:
2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
2.1.2 Mempastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan.
2.1.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib.
2.1.4 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
2.1.5 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
2.2 Bimbingan dan Kaunseliing:
2.2.1 Merancang dan menyelaraskan perlaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
menyediakan laporan yang diperlukan.
2.2.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid
baru.
2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid:
2.3.1 Mengurus kemudahan murid.
2.3.2 Mempastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna
seperti menguruskan kad 001/002/PKS1/PKS2 dan kad tenaga asas.
2.3.3 Menyelaraskan penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
2.3.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
SK St Anthony, Teluk Intan Page 76
Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)