Page 93 - Microsoft Word - TAKWIM SEKOLAH SKSATI 2018.doc
P. 93
TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
Guru juga hendaklah menyediakan jadual waktu di dalam Buku Persediaan Mengajar dan
mengisi butiran- butiran/analisa setiap mata pelajaran di ruangan yang telah disediakan.
Segala maklumat ini hendaklah diperiksa dan disahkan oleh Guru Besar atau wakilnya.
6. BILIK DARJAH :
Bilik darjah hendaklah sentiasa ceria, bersih dan teratur.
Guru kelas/darjah hendaklah melatih murid-murid menjaga kebersihan dengan
menyediakan Carta Giliran Bertugas kelas sebagai panduan murid-murid.
Guru boleh memperindah/menceriakan bilik darjah mengikut kesesuian semasa untuk
memberikan suasana belajar yang selesa untuk membantu pengajaran dan
pembelajaran.
Sediakan sudut-sudut untuk menarik minat murid belajar dan pamerkan
tugasan/kerjatulis/lukisan murid yang terbaik sebagai pengiktirafan dan pameran.
Maklumat ini hendaklah ditukar dari masa ke semasa.
7. KESAHSIAHAN :
Semua guru dan staf sokongan hendaklah menunjuk dan menanamkan semangat dan
budaya kerjasama dan kesahsiahan yang baik kepada murid-murid sepanjang masa.
Sediakan peraturan bilik darjah dan peraturan keluar masuk serta pamerkan di ruangan
laluan yang strategik supaya boleh dilihat dan dibaca oleh semua murid dan diketahui
untuk dikuatkuasakan.
Tanamkan amalan dan budaya hormat menghormati serta memberi salam.
Latih murid-murid supaya sentiasa hormat menghormati, berbudi bahasa serta bersopan
santun.
Perkara-perkara di atas boleh disampaikan, diingatkan dan ditegaskan dalam
perhimpunan mingguan/dwi mingguan.
S SE EN NA AR RA AI I T TU UG GA AS S K KE ET TU UA A P PA AN NI IT TI IA A M MA AT TA A P PE EL LA AJ JA AR RA AN N
1. Penyelaras kerja-kerja akademik guru –guru mata pelajaran atau kelas yang berkenaan.
2. Menerangkan cara-cara mengisi rekod mengajar kepada guru-guru baru.
3. Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran masing-masing.
4. Menyemak dan meneliti Rancangan Pelajaran Tahunan yang dibuat oleh guru-guru.
5. Memberikan senarai buku-buku yang hendak dibeli untuk perpustakaan sekolah.
6. Memanggil mesyuarat guru-guru mata pelajaran yang berkenaan bagi membincangkan
peningkatan prestasi pembelajaran dan pengajaran.
7. Merancang penilaian dan pengukuran mengenai mata pelajaran masing-masing.
SK St Anthony, Teluk Intan Page 80
Print to PDF without this message by purchasing novaPDF (http://www.novapdf.com/)