Page 89 - TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
P. 89

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS   2018


               1.  BIDANG TUGAS:

                  1.1     Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong
                          Kanan Pentadbiran.

                  1.2     Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

                  1.3     Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal
                          Murid.

                  1.4     Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang
                          mempunyai sesi petang.

                  1.5     Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.

                  1.6     Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.


               2.  SENARAI TUGAS:

                  2.1     Disiplin:

                      2.1.1  Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.

                      2.1.2  Mempastikan undang-undang dan peraturan sekolah dikuatkuasakan.

                      2.1.3  Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar
                             peraturan-peraturan tatatertib.

                      2.1.4  Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

                      2.1.5  Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.


                  2.2     Bimbingan dan Kaunseliing:

                      2.2.1  Merancang dan menyelaraskan perlaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

                      2.2.2  Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
                             menyediakan laporan yang diperlukan.

                      2.2.3  Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid
                             baru.

                  2.3     Kesihatan dan Kebajikan Murid:

                      2.3.1  Mengurus kemudahan murid.

                      2.3.2  Mempastikan program-program kesihatan  murid dijalankan dengan sempurna
                             seperti menguruskan kad 001/002/PKS1/PKS2 dan kad tenaga asas.

                      2.3.3  Menyelaraskan penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.

                      2.3.4  Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.





           SK St Anthony, Teluk Intan                                                          Page 76
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94