Page 93 - TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS 2018
P. 93

TAKWIM PERSEKOLAHAN DAN SENARAI TUGAS   2018


                    Guru juga hendaklah menyediakan jadual waktu di dalam Buku Persediaan Mengajar dan
                      mengisi butiran- butiran/analisa setiap mata pelajaran di ruangan yang telah disediakan.
                      Segala maklumat ini hendaklah diperiksa dan disahkan oleh Guru Besar atau wakilnya.


               6.  BILIK DARJAH :

                    Bilik darjah hendaklah sentiasa ceria, bersih dan teratur.

                    Guru kelas/darjah hendaklah melatih murid-murid menjaga kebersihan dengan
                      menyediakan Carta Giliran Bertugas kelas sebagai panduan murid-murid.

                    Guru boleh memperindah/menceriakan bilik darjah mengikut kesesuian semasa untuk
                      memberikan suasana belajar yang selesa untuk membantu pengajaran dan
                      pembelajaran.

                    Sediakan sudut-sudut untuk menarik minat murid belajar dan pamerkan
                      tugasan/kerjatulis/lukisan murid yang terbaik sebagai pengiktirafan dan pameran.
                      Maklumat ini hendaklah ditukar dari masa ke semasa.

               7.  KESAHSIAHAN :


                    Semua guru dan staf sokongan hendaklah menunjuk dan menanamkan semangat dan
                      budaya kerjasama dan kesahsiahan yang baik kepada murid-murid sepanjang masa.


                    Sediakan peraturan bilik darjah dan peraturan keluar masuk serta pamerkan di ruangan
                      laluan yang strategik supaya boleh dilihat dan dibaca oleh semua murid dan diketahui
                      untuk dikuatkuasakan.

                    Tanamkan amalan dan budaya hormat menghormati serta memberi salam.


                    Latih murid-murid supaya sentiasa hormat menghormati, berbudi bahasa serta bersopan
                      santun.


                    Perkara-perkara di atas boleh disampaikan, diingatkan dan ditegaskan dalam
                      perhimpunan mingguan/dwi mingguan.


           S SE EN NA AR RA AI I   T TU UG GA AS S   K KE ET TU UA A   P PA AN NI IT TI IA A   M MA AT TA A   P PE EL LA AJ JA AR RA AN N

               1.  Penyelaras kerja-kerja akademik guru –guru mata pelajaran atau kelas yang berkenaan.

               2.  Menerangkan cara-cara mengisi rekod mengajar kepada guru-guru baru.

               3.  Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran masing-masing.

               4.  Menyemak dan meneliti Rancangan Pelajaran Tahunan yang dibuat oleh guru-guru.

               5.  Memberikan senarai buku-buku yang hendak dibeli untuk perpustakaan sekolah.

               6.  Memanggil mesyuarat guru-guru mata pelajaran yang berkenaan bagi membincangkan
                  peningkatan prestasi pembelajaran dan pengajaran.

               7.  Merancang penilaian dan pengukuran mengenai mata pelajaran masing-masing.


           SK St Anthony, Teluk Intan                                                          Page 80
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98