Page 14 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 14

b)     Kesan bahangan suria terhadap proses fizikal :
                                                   1.  Kitaran hidrologi
                                                      -  Haba matahari akan membolehkan proses sejatan  dan
                                                          sejatpeluhan air dari permukaan bumi untuk di bawa
                                                          naik ke atmosfera menjadi hujan
                                                   2.  Proses geomorfologi
                                                      -  Mempengaruhi proses luluhawa mekanika di
                                                          kawasan gurun panas – iaitu proses pengembangan
                                                          dan pengecutan batuan –batuan  mengembang pada
                                                          waktu siang akibat haba matahari yang panas dan
                                                          menguncup pada waktu malam akibat cuaca yang
                                                          sejuk – proses ini berulang2 dan menyebabkan batuan
                                                          retak dan pecah.
                                                      -  Mempengaruhi proses hakisan glasier – dalam
                                                           musim bunga dan musim panas salji akan cair dan
                                                          mengalir di atas permukaan bumi  - menghakis
                                                          permukaan bumi
                                                      -  Mempengaruhi proses gerakan jisim (runtuhan
                                                          cerun) – haba matahari akan menyejat air tanah di
                                                          cerun yang gondol –tanah jadi kering dan poros –
                                                          akan menyerap air hujan yang banyak –menjadikan
                                                          tanah cerun lembut – mudah runtuh
                                               iii)   Atmosfera
                                                   1.  Menentukan suhu sesuatu kawasan – jumlah bahangan
                                                      suria yang diterima di sesuatu kawasan akan menentukan
                                                      suhu kawasan tersebut :
                                                      -  Kws tropika menerima bahang suria 12 jam sehari
                                                          sepanjang tahun – menjadikan min suhu antara 27 –
                                                          30°C
                                                      -  Kws sederhana dunia menerima bahang suria antara
                                                          8 – 10 jam sehari – menjadikan min suhu antara 10 -
                                                          16°C.

                                                   2.  Menentukan iklim sesuatu kawasan – jumlah bahang
                                                      suria yang diterima aakan menentukan jenis iklim di
                                                      sesuatu kawasan.
                                                      -  Kws yang banyak menerima bahang suria –
                                                          mengalami iklim yang panas seperti iklim gurun,
                                                          monsun tropika dan khatulistiwa.
                                                      -  Kws yang sangat sedikit menerima bahang suria –
                                                          mengalami iklim sejuk  seperti tundra,iklim
                                                          sederhana sejuk jenis British
                                                   3.  Mempengaruhi pergerakan angin
                                                         Kawasan  yang bersuhu tinggi akan mewujudkan
                                                          Zon Tekanan Udara Rendah (TUR).
                                                         Kws bersuhu rendah akan mewujudkan Zon
                                                          Tekanan Udara Tinggi (TUR) – angin akan
                                                          bergerak/bertiup dari kawasan TUT ke kws TUR.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19