Page 18 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 18

mineralnya menjadi batuan baru.
                                                      Proses ini dikenali sebagai Proses Metamorfisma dan
                                                      biasanya berlaku ketika proses tektonik secara besar-
                                                      besaran seperti lipatan dan gunung berapi.
                                                      Terbahagi kepada dua jenis:
                                                     i.   Metamorfisma  serantau – terbentuk akibat tekanan
                                                          dan himpitan terhadap batuan asal dalam rekahan
                                                          batuan. Kuasa  himpitan disebabkan oleh pergerakan
                                                          ke atas kerak bumi.
                                                     ii.   Metamorfisma  sentuhan – terbentuk apabila batuan
                                                          asal dalam kerak bumi bersentuh dengan magma atau
                                                          lava yang sangat panas. Tindak balas kimia dan
                                                          perubahan kandungan mineral menjadikan batuan
                                                          tersebut berubah menjadi metamorfisma.
                                                      Bersifat amat keras, bersinar dan bernilai tinggi.
                                                      Batuan metamorfosis ketara berbeza daripada batu
                                                      asalnya dari segi struktur, tekstur, warna dan kandungan
                                                      mineral.
                                                      Contoh batu asal dan batu metamorfosis :
                                                      -  batu kapur  batu marmar
                                                      -  batu pasir  kuarzit
                                                      -  grafit  berlian
                                                      -  basalt    syis
                                                      -  syil  slat


                                               e)  menjelaskan perkaitan antara jenis batuan dengan
                                                   konfigurasi bentuk bumi;

                                                  i.   Batuan keras seperti Igneus dan Metamorfik tahan
                                                      terhadap proses penggondolan dan menghasilkan bentuk
                                                      muka bumi yang menonjol seperti gunung-ganang,
                                                      banjaran, jeram, air terjun, tebing tinggi dan tanjung.

                                                 ii.   Batuan lembut seperti Enapan yang mudah
                                                      mengalami penggondolan menghasilkan bentuk muka
                                                      bumi yang melekuk dan mudah dimendap seperti lurah,
                                                      lembah, pandangan karst, beting pasir, tombolo dan teluk.

                                               f)  mengenal pasti kepentingan batuan sebagai sumber alam;
                                               Kepentingan batuan terhadap manusia :
                                               i) Batuan Igneus
                                                      Basalt - yang terluluhawa  membentuk tanah lava bes
                                                      yang subur dan sesuai untuk penanaman padi.
                                                      Granit - yang terhakis  membentuk tanah aluvium
                                                      yang sesuai untuk penanaman padi.
                                                      Granit - yang keras dan padu diguna sebagai bahan
                                                      asas sektor pembinaan  bangunan,  jalan raya dan tugu
                                                      peringatan.
                                                      Granit - yang mudah didapati banyak diguna dalam
                                                      pelbagai kegunaan domestik seperti  batu asah, batu
                                                      giling, lesung, batu nisan.
                                                      Granit - yang yang keras dan tahan hakisan
                                                      membentuk air terjun, jeram dan tanjung, menggalakkan
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23