Page 20 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 20

a) menyatakan konsep dan proses endogenik;
                                                   i)  Konsep Endogenik

                                                          Merujuk kepada tenaga yang berasal dari dalam
                                                          bumi terhasil daripada tekanan dan arus perolakan
                                                          magma di mantel yang menyebabkan  gangguan

                                                          tektonik  di kerak dan permukaan bumi.
                                                   ii) Proses Endogenik
                                                           Merujuk kepada proses pembentukan bentuk muka

                                                           bumi asas dengan sumber tenaga berpunca dari dari
                                                           dalam bumi. Proses pembentukan muka bumi terjadi
                                                           melalui aktiviti :

                                                              gerakan bumi seperti lipatan dan gelinciran,
                                                              ragam    gunung  berapi  seperti  gunung  berapi,
                                                              gempa bumi dan tsunami. (Strahler.  2008)

                                                   b) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi Lipatan
                                                   dan kesannya
                                                   i)  Konsep Lipatan Kerak Bumi
                                                           Lipatan merujuk kepada proses kedutan/
                                                           lenturan/bentuk  yang  muka  bumi  akibat  proses
                                                           mampatan/himpitan  pada kerak bumi  (yang terhasil
                                                           daripada arus perolakan di lapisan mantel) dari dua

                                                           arah yang bertembung ke atas kerak bumi.
                                                           Proses  mampatan:  Pergerakan  magma  di  lapisan
                                                           mantel   membentuk     arus    perolakan   kuat
                                                           menyebabkan  plat  bumi  bergerak  secara  perlahan
                                                           atau  kuat.  Pergerakan  plat  akan  menghentam  plat
                                                           yang  satu  lagi  menyebabkan  sebahagian  plat
                                                           terlendut/melentur dan sebahagian plat yang satu lagi
                                                           menjunam.  Plat  yang  terlendut  itu  membentuk
                                                           gunung lipat.

                                                           Nota:   proses  perlanggaran  dua  plat  juga  boleh
                                                           berlaku menyebabkan gunung lipat.


                                                   ii)  Bentuk bumi Lipatan
                                                          Gunung lipat dan banjaran lipat (antiklin)
                                                          Lurah (sinklin)
                                                          Lipatan rebah, lampau, simetri dan tidak simetri.
                                                   iii) Kesan Lipatan
                                                       Kesan kepada Alam Sekitar Fizikal:
                                                          Membentuk banjaran dan gunung lipat.
                                                          Membentuk muka bumi beralun dan pamah.

                                                          Membentuk pelantar benua di dasar laut.
                                                          Membentuk kawasan tadahan air.
                                                          Membentuk kawasan lembangan saliran.
                                                          Membentuk sungai balik muda
                                                          Mempengaruhi pembentukan hujan bukit dan angin
                                                           cinuk.
                                                          Mempengaruhi suhu di kawasan tanah tinggi.
                                                          Menggalakkan pertumbuhan hutan tropika dan

                                                          mewujudkan habitat semulajadi
                                                       Kesan kepada Aktiviti Manusia :

                                                         i.   Menggalakkan aktiviti pertanian
                                                              tanah tinggi - tanaman hawa sederhana
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25