Page 24 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 24

tropika yang kaya dengan pelbagai spesies flora
                                                           menyediakan sumber perubatan tradisional, herba
                                                           dan madu
                                                     iv.   Penyelidikan
                                                           Fenomena letusan gunung berapi dan keunikan
                                                           bentuk muka bumi menggalakkan aktiviti
                                                           penyelidikan.
                                                     v.    Perlombongan
                                                           Timbunan sulfur menggalakkan aktiviti
                                                           perlombongan sulfur. Penghasilan batuan igneus dan
                                                           metamorfik akibat tindakan gunung berapi
                                                           menggalakkan aktiviti kuari batu.
                                                     vi.   Perikanan
                                                           Letusan gunung berapi di laut dan kejadian tsunami
                                                           merosakkan kemudahan perikanan dan mengganggu
                                                           aktiviti perikanan
                                                    vii.   Aktiviti harian
                                                           Letusan gunung berapi dan kejadian jerebu
                                                           mengganggu aktiviti seperti persekolahan dan urusan
                                                           ke tempat kerja.

                                                   Kesan kepada Manusia ;
                                                      i.   Kehilangan nyawa
                                                           Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami
                                                           menyebabkan kehilangan nyawa.

                                                     ii.   Kerosakan harta benda
                                                           Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami
                                                           menyebabkan kerosakan harta benda.
                                                     iii.   Kerosakan Infrastruktur
                                                           Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami
                                                           menyebabkan kerosakan infrastruktur.
                                                     iv.   Gangguan aktiviti harian
                                                           Letusan gunung berapi dan kejadian jerebu
                                                           mengganggu aktiviti seperti persekolahan dan urusan
                                                           ke tempat kerja.
                                                     v.    Kehilangan mata pencarian
                                                           Letusan gunung berapi dan kejadian tsunami
                                                           mengganggu aktiviti ekonomi penduduk setempat
                                                           seperti pertanian, perikanan dan pelancongan.





                    2.2.3 Hanyutan benua        e)   menyatakan Teori Hanyutan Benua (Teori Awal, Teori
                                                Peluasan Dasar Lautan, dan Teori Tektonik Plat)

                                                Konsep Hanyutan Benua:
                                                Satu teori/andaian yang menyatakan bahawa benua- benua di
                                                dunia sekarang berasal dari satu benua daratan, telah dan masih
                                                berpisah di antara satu sama lain.

                                                    a)Teori Awal  (Hipotesis Alfred Wegener)
                                                          Diasaskan oleh Alfred Wegener yang mengandaikan
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29