Page 32 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 32

menerima hujan yang lebat seperti di kawasan tropika
                                                        lembap

                                                        ii)  Gelongsoran / tanah runtuh
                                                        Pergerakan ini berlaku di kawasan cerun yang sangat
                                                        curam seperti di kawasan tebing tinggi.   Ia berlaku
                                                        secara cepat atau tiba-tiba.  Terdapat berberapa jenis
                                                        gelonsoran seperti gelonsoran tanah dan gelongsoran
                                                        batuan.

                                                       Aliran perlahan
                                                        i)  Kesotan Tanah

                                                        Regolit seperti batuan dan tanah di cerun terlebih dahulu
                                                        terluluhawa menyebabkan regolit tersebut longgar dan
                                                        peroi.   Batuan atau tanah ini kemudiaannya bergerak
                                                        secara amat perlahan menuruni cerun yang landai ( 10º
                                                        hingga 20º ) akibat tarikan graviti bumi.   .  Pergerakan
                                                        ini tidak dapat dikesan melalui mata kasar sebalik dapat
                                                        dilihat melalui bukti-bukti seperti batang pokok yang
                                                        bengkok, tiang elektrik, pagar dan tembok yang
                                                        condong.

                                                        ii)  Gelangsaran tanah
                                                        Pergerakan ini merupakan pergerakan tanih dan batu
                                                        tongkol. berlaku di kawasan beriklim sejuk akibat proses
                                                        pencairan salji.  Salji yang cair bertindak sebagai bahan
                                                        pelincir bagi memudahkan pergerakan lempung ( tanah
                                                        yang lembap ) di atasnya.



                                                    c) menjelaskan faktor yang mempengaruhi pergerakan
                                                    jisim :

                                                    i)  Kecerunan

                                                    Di kawasan bercerun landai iaitu kurang 5° mempunyai
                                                    daya graviti yang kurang sementara di cerun 5° hingga 40°
                                                    daya graviti lebih kuat.

                                                    ii)  Bahan regolit yang tebal

                                                    Regolit yang tebal hasil daripada proses luluhawa akan
                                                    menyebabkan lebih banyak gerakan jisim berlaku.

                                                    iii) Hujan
                                                    hujan yang lebat dan berpanjangan akan mennyebabkan
                                                    banyak  tanah dikwasan cerun mengandungi banyak
                                                    lembapan. Ini menyebabkan cerun jadi tidak stabil dan
                                                    akhirnya runtuh.

                                                    iv)  litupan tumbuhan.
                                                    Jumlah pokok yang kurang di kawasan cerun menyebabkan
                                                    tanah di kawasan cerun tidak stabil. Tiada akar yang dapat
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37