Page 65 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 65

pembinaan dan perkhidmatan.
                                                      Kos tenaga kerja asing murah
                                                      Pengangguran penduduk tempatan.
                                               iv) Pengaliran keluar wang negara
                                                      Pengaliran keluar wang negara apabila pendatang asing
                                                       menghantar wang ke negara asal.
                                               v) Kekurangan kemudahan asas
                                                      Pertambahan pendatang asing meningkatkan permintaan
                                                       terhadap kemudahan kesihatan dan perumahan.
                                                      Permintaan yang tinggi menyebabkan kemudahan asas yang
                                                       tidak mencukupi.

                       1.4.1 Kemahiran Amali   ( a ) Mengira, melukis dan mempersembahkan data migrasi dalaman
                                               serta migrasi antarabangsa dalam bentuk jadual, gambar rajah dan
                                               peta aliran.

                                               ( b ) Mentafsirkan jadual, gambar rajah dan peta aliran migrasi.


               1.5     Penduduk dan sumber
                       alam                    ( a ) Menghuraikan konsep dan jenis sumber alam
                                                      Sumber alam merupakan sumber asli yang terdapat  di dalam
                       1.5.1 Pengenalan umum           alam sekitar fizikal yang dihargai dan bermanfaat bagi
                       komponan alam sekitar           manusia.
                       fizikal                        Manusia memerlukan sumber alam untuk kehidupan seperti
                                                       air, udara, makanan, pakaian, perkakas dan tempat kediaman.

                                                  Jenis-jenis sumber alam
                                                      Sumber alam terbahagi kepada dua iaitu sumber alam boleh
                                                       dibaharui dan sumber alam yang tidak boleh dibaharui.
                                                      Sumber alam yang tidak boleh dibaharui akan pupus apabila
                                                       digunakan dan tidak boleh diganti semula.Contohnya
                                                       petroleum, gas asli dan arang batu.
                                                      Sumber alam yang boleh dibaharui terbahagi kepada dua iaitu
                                                       i. Sumber alam yang berterusan dan tidak akan pupus seperti
                                                       udara, air, angim, ombak dan solar.
                                                       ii. Sumber alam yang boleh diganti setelah digunakan seperti
                                                       hutan, padang rumput, tanah pertanian, sumber perikanan dan
                                                       sumber biomas.
                       1.5.2  Alam Sekitar
                       Fizikal sebagai sumber   ( b ) Mengenalpasti komponan alam sekitar yang meliputi empat
                       Alam                    sistem, iaitu

                                               i) biosfera ( sistem ekologi )
                                                      Biosfera terdiri daripada semua organisma hidup di bumi.
                                                      Sistem biosfera bergantung kepada sistem yang lain seperti
                                                       atmosfera, litosfera dan hidrosfera bagi membentuk
                                                       persekitarannya.
                                                      Biosfera terdiri daripada beberapa buah ekosistem. Ekosistem
                                                       ialah hubungan di natara organisma hidup dengan alam
                                                       sekitarnya. Contoh ekosistem seperti hutan, tasik, kolam,
                                                       hutan bakau dan laut.
                                               ii) litosfera
                                                      Litosfera merupakan kerak bumi yang terdiri daripada batuan,
                                                       mineral dan tanah.
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70