Page 70 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 70

Kempen oleh kerajaan dan NGO
                                                      Melalui media cetak dan media elektronik




                 2     Transformasi desa       Calon seharusnya dapat:
                                               a.  Mentakrifkan konsep transformasi desa:
                                                   Transformasi desa merujuk kepada perubahan sosioekonomi desa
                                                   melalui permodenan guna tanah, kemudahan asas, pengangkutan,
                                                   komunikasi, kegiatan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
                                               b.  Menghuraikan strategi pembangunan desa yang meliputi :
                                                   i.     Pembangunan insitu :
                                                          Proses pembangunan desa in situ ialah pembangunan
                                                          fizikal desa.  Desa dibangunkan dari segi kemudahan
                                                          asas, program perumahan rumah termiskin dan
                                                          menyediakan pusat pertumbuhan ekonomi desa.
                                                   ii.    Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP):
                                                          Pembangunan yang menyepadukan /menggabungkan
                                                          segala tenaga, sumber  berpotensi dan agensi kerajaan.
                                                          Kawasan-kawasan pertanianyang kecil/saiz tidak
                                                          ekonomik disepadukan, ditambah dengan pelbagai
                                                          prasarana bagi meningkatkan produktiviti dan
                                                          mempelbagi tanaman.
                                                   iii.   Pembangunan Wilayah:
                                                          Membangunkan kawasan yang dikenalpasti secara
                                                          khusus bagi menjana sumber alam yang berpotensi
                                                          terutama sumber tanah.
                                                   iv.    Perindustrian Desa:
                                                          Menyelerakkan pusat-pusat industri ke kawasan luar
                                                          bandar berdasarkan potensi sumber yang ada pada
                                                          kawasan itu.  Melalui program ini desa akan menjadi
                                                          pusat perindustrian yang baru.

                                                       ( Mengikut Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ada 7
                                                       teras pembangunan desa;
                                                       i.     Pembangunan modal insan dan pengupayaan
                                                              masyarakat):
                                                              -Memperkasa keupayaan dan harga diri.
                                                       ii.    Pembangunan ekonomi yang berdaya maju, berdaya
                                                              saing dan berdaya tahan:
                                                       iii.   Pengintegrasian program pembangunan luar bandar
                                                              dengan perancangan fizikal:
                                                       iv.    Pembangunan Infrastruktur dan penyediaan
                                                              kemudahan awam yang menyeluruh:
                                                       v.     Peningkatan kualiti hidup dan pendapatan isi rumah
                                                              di dalam kumpulan berpendapatan 40% terendah:
                                                       vi.    Pengurusan pembangunan secara bersepadu:
                                                       vii.   Pengurusan sumber alam secara mapan:

                                               c.  Menjelaskan proses perubahan desa melalui
                                                   i.     Saling kebergantungan desa-bandar - Hubungan dua
                                                          hala:
                                                          -   Pusat pembauran Inovasi- Bandar berperanan sebagai
                                                              pusat pembauran inovasi baru kepada penduduk desa
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75