Page 78 - MODUL PENUH GEOGRAFI STPM
P. 78

(ii) perubahan pekerjaan;
                                                  Kegiatan ekonomi di desa telah berubah dari sektor pertanian
                                                   kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan.
                                                  Jenis pekerjaan  berubah kepada sektor perkhidmatan seperti
                                                   kerani, guru, jururawat pengawai dalam pejabat-pejabat
                                                   kerajaan
                                                  Jenis pekerjaan berubah kepada bekerja di kilang kerana
                                                   perluasan industri ke luar bandar

                                               (iii) peningkatan taraf hidup;
                                                  Taraf hidup penduduk semakin meningkat dengan adanya
                                                   kemudahan  infrastruktur, kemudahan sosial, perhubungan,
                                                   pekerjaan dan peningkatan pendapatan isi rumah.
                                                  Perubahan ini dapat dilihat melalui peningkatan taraf
                                                   pendidikan, kesihatan, pemakanan, pemilikan harta, corak
                                                   membeli belah, dan mobiliti  penduduk.

                                               (iv) perumahan;
                                                  Kualiti rumah kian meningkat. Ini dapat diukur melalui bahan
                                                   binaan yang digunakan seperti batu bata, kaca, besi, keluli ,
                                                   Kemudahan asas yang dibekalkan (air dan elektrik),  bilangan
                                                   bilik tidur dan kelengkapan rumah serta perabot yang moden.
                                                  Keselesaan hidup yang diamalkan oleh penduduk bandar.
                                                  Harga rumah semakin meningkat akibat daripada permintaan
                                                   yang tinggi disebabkan proses pertumbuhan penduduk yang
                                                   pesat.

                                               (v) kemiskinan bandar;
                                                  Pembandaran yang pesat khususnya melalui migrasi penduduk
                                                   yang  kurang kemahiran boleh menyebabkan berlakunya
                                                   pengangguran atau guna tenaga tak penuh dan secara tidak
                                                   langsung membawa kepada kemiskinan.
                                                  Kedatangan penduduk desa yang miskin dan pekerja asing
                                                   juga menambah keadaan kemiskinan penduduk bandar.
                                                  kadar pengangguran relatif dan mutlak berlaku akibat daripada
                                                   persaingan peluang pekerjaan yang terhad.
                                                  Akibat jumlah penduduk yang terlalu ramai dan tidak
                                                   seimbang dengan kadar pertumbuhan ekonomi bandar, maka
                                                   ramai penghuni bandar yang menganggur.  Justeru itu, ia
                                                   menggalakkan kemiskinan di bandar.  (vi) migrasi desa-
                                                   bandar;

                                               (vii) kesesakan lalu lintas;
                                                  Proses pembandaran yang berlaku tanpa perancangan akan
                                                   membawa kepada masalah kesesakan sama ada kesesakan
                                                   bandar mahupun kesesakan lalu-lintas.
                                                  Kesesakan bandar berlaku akibat pertambahan penduduk yang
                                                   berlebihan berbanding dengan pertumbuhan ekonomi dan
                                                   sosial di bandar.
                                                  Kesesakan lalu lintas  akibat  pertambahan bilangan kenderaan
                                                   dan penduduk bandar
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83